PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Beri Tumpuan Semasa Khutbah Jumaat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Beri Tumpuan Semasa Khutbah Jumaat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berwuduk, lalu ia menyempurnakan wuduknya, kemudian mendatangi untuk solat Jumaat, mendengarkan (khutbah) tanpa berkata-kata, maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya) antara hari itu dengan hari jumaat yang lain, ditambah tiga hari. Dan barangsiapa yang memegang-megang batu kerikil, maka ia telah berbuat sia-sia." (HR Muslim No: 1419) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mereka yang berwuduk, lalu ia menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi untuk solat Jumaat, mendengarkan khutbah tanpa berkata-kata, maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya) antara hari itu dengan hari jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari.

2.  Makmum perlu memberikan perhatian untuk mendengar khutbah Imam. Sesiapa yang bermain-main ketika khatib berkhutbah  seperti bermain batu kerikil (termasuk tasbih, telefon, pen dan lain-lain) maka terluputlah kesempurnaan pahala jumaatnya.

3.  Berilah tumpuan ketika khatib berkhutbah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita sepanjang minggu malah ditambah lagi tiga hari.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

16hb Februari  2018
30hb Jamadil Awal 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam