Sekolah Tun Fatimah : 20180208 Lawatan Hujung Minggu


Sekolah Tun Fatimah : 20180208 Lawatan Hujung Minggu. Punya la sibuk minggu ni sampai tak reti nak cari masa untuk buat posting pun. Paling best bila aku dah abis PAK21 baharu aku sedo yang tingkap rumah baharu dah pasang. Punya la teruk. K. Berbalik pada lawatan Sabtu lepas. A bit late kami datang pada hari tu. Nak buat camne. Iqa ada aktiviti lain sempena JB Car Free kat bandar pagi tadi. Penat abih dah tu. Nak fokus pada study pun dah ke laut. Cian. Aku suruh aje dia amik short nap terlebih dahulu. Ni kepakaran utama aku satu ketika dulu. Setakat studoq ni celah gigi aje. Masuk library, amik short nap jap, bangun study. Kekekeke. Tak bangun terus sampai tutup library pun selalu. Kekeke. Tapi memang nampak iqa langsung tokleh fokus. Memang penat sesangat ni. Tu pun sempat la satu bab pasal indeks selesai. Mak bapak budak math. Math aje la yang dapat bantu fokus. Aku perasan memang dia tokleh bawak ni dalam keadaan penat. Takpe la. Balik dorm. Rehat aje. Kalau paksa pun tak guna. Aku dulu setakat study kat birai katil aje. Baring. Buku kat lantai. Setengah jam aje sehari. Tapi aku tak ngajo le dia gitu. Lain orang lain stail dia. Kan.





---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied