Walimatul Urus : Majlis Kesyukuran Ridzwan & Ashikin


Walimatul Urus : Majlis Kesyukuran Ridzwan & Ashikin. 9 Disember. Around 11 pagi kami gerak ke Pulai Indah. Majlis perkahwinan anak en Azhari. Singgah jap kat Masjid Pulai Indah yang nun tersergam indah dengan rekacipta moden yang sangat berbeza dan menarik mata memandang. Terus gerak ke rumah en Azhari lepas tu. Park di tepian jalan kecik macam tetamu yang lain. Sampai aje berderet memember yang lain sedang makan dengan gembira. Semua tertarik dengan kasut hitam yang hebat aku sarung. Biasa la. Jarang aku pakai kasut hitam bertutup sebelum ni. TQ fisio. Glamer aku hari ni. Makanan disajikan sangat best. Nasi minyak dengan Ayam masak merah berkuah banjir. Tolak tepi daging masak hitam yang diadun rempah yang cukup membangkitkan selera. Angah makan roti jala yang dimasak keemasan dengan kuah kari yang cukup serba serbi rasanya. Iqa makan papadom aje. Bila suruh amik makanan. Dia amik air buah tembikai susu yang sungguh menyelerakan. Sebelum balik sempat lagi kebudaks amik gula gula yang mewah bertaburan. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

yok

singgah. snap snap




tuan tanah yang ensem lagi ganteng




sempat lalu ulu pulai takut ada majlis yang terlepas

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam