PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menyuap Makanan Untuk Isteri


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menyuap Makanan Untuk Isteri

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Daripada Sa'd bin Abu Waqash bahawasanya dia mengkhabarkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah yang dimaksudkan mengharap wajah Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu". (HR Bukhari No: 54) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seorang Muslim apabila ia menunaikan kewajibannya terhadap diri dan ahli di bawah tanggungannya dengan mencari rezeki yang halal, akan mendapatkan balasan dan pahala.

2.  Seorang lelaki yang menyuapkan makanan ke mulut isterinya dari hasil kerja yang halal juga termasuk akan mendapat ganjaran pahala.

3.  Bekerjalah mencari rezeki yang halal dengan niat yang ikhlas untuk keperluan ahli keluarga. Semoga ia menjadi balasan pahala untuk kita.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

09hb Disember  2017
20hb Rabiul Awal 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016