Buku Modul Mutimedia Dalam PdPc STEM Abad 21


Buku Modul Mutimedia Dalam PdPc STEM Abad 21. Modul Multimedia STEM PdPc Abad Ke-21 ini ditulis oleh sekumpulan guru, dalam bidang STEM dan ICT yang terpilih kerana kepakarannya memanafatkan teknologi di dalam kelas masing-masing. Kemunculan modul ini, bertujuan memberi kemahiran dan kepercayaan kepada parapendidik di Negara ini untuk menghasilkan sendiri BBM berkonsepkan Video STEM.

Muat turun Buku Modul ini secara atas talian menerusi pautan url : http://www.eduwebtv.com/eduwebtv/?page_id=11237

Penulis telah memilih semua tajuk yang pastinya berguna untuk guru-guru dalam pelaksanakan
PdPc Abad Ke-21 dengan mengintegrasikan ICT. Kandungan modul ini merupakan panduan
penyuntingan sesebuah video secara atas talian dan luar talian yang dapat menjimatkan masa
sebuah produksi , tips membuat rakaman video yang baik dengan alatan yang asas, dan alat
yang diperlukan bagi melaksanakan PdPc secara digital serta kaeadah penilaian dalam PdPc
yang menarik dan terkini.

Pendekatan penulisan modul adalah mesra pengguna, mudah difahami dan senang diikuti. Guru
– guru pasti berjaya mengaplikasikan kesemua tajuk jika mengikuti langkah-langkah yang di
sediakan satu demi satu . Guru – guru hendaklah menjadikan modul ini sebagai rakan disebelah
apabila hendak meneroka sesutu tajuk dengan menggunakan komputer masing-masing.
Modul ini bercirikan Pembelajaran Abad Ke-21 yang merupakan edisi pertama yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 dalam Anjakan 7 iaitu untuk Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan
Kualiti Pembelajaran di Malaysia.

Dengan kewujudan modul ini dapatlah meningkatkan keupayaan dan kebijaksanan guru-
guru terhadap mempelbagaikan kaedah PdPc bidang STEM. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk mempelajari subjek STEM dan seterusnya
kelestarikan pendidikan STEM di Malaysia akan dapat dicapai.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied