Yok Jenjalan : 20171208 Meronda Gelang Patah


Yok Jenjalan : 20171208 Meronda Gelang Patah. Kalau ikut pelan asal, ada la sampai ke IKEA kami petang ni. Tapi. At last. Macam terus tenggelam kan pelan tu. Bagus jugak untuk aku. Takde la nak dera kaki jenjalan tekan minyak jejauh. Tu lum cerita nak menapak lagi kan. Kali ni. Kasut cam biasa aku pakai kasut kulit penuh la. Dah fisio suruh kan itu hari. No more other shoes. Jangan manjakan kaki awak. Jap bagi full support. Jap bagi selesa semula pakai sandal. Tak nak kasut terus kaki ayam aje. Hahaha. So. Kita ronda gelang patah aje ler petang ni ye. Start kereta. Langsung ke Everjoy. Beli la barang yang kurang. Pastu gi cari telur glamer kat Sridista. Cam biasa la. Harus penuh sebab harga dia the best kat Gelang Patah ni. Sebelum balik kita singgah jap kat Pizza Hut. Iqi dengan angah dok meratib pizza yang sungguh enak sejak sebelum solat jemaat lagi. Kang balik ada diratib lagi kang kalau tak dibeli. Baru nak melintas jalan sekali nampak pulak kedai perabot baharu. Nova. Wah. IKEA tak dapat, Nova kita langgarkan. Sekali ada promosi sempena pembukaan kedai la pulak. Sib baik la rumah pun tengah kena bikin. Apapun. Ada la jugak kedai perabot dengan design moden ala ala futuristik banding ngan kedai design old school yang bertaburan serata Gelang Patah tika ini kan. Selesai cuci cuci mata sambil borak borak santai langsung kami pulang. Cantik pulak air pasang ni sambil terus brek kat sebelah jeti. Layan jap snap sambil tahan telinga kena bebel ngan mama. Eleh. Kebudak sebelah tu siap terjun dari atas pokok kot berendam lam sungai. Kekeke. Sib baik aku tak join sekaki. Kalau tak harus kena tahan telinga sampai ke saat ni.

pizza hut yang glamer




sempat la posing posing berdua gini kan



lepak jap tepi jeti




sambung meronda



surau kampung




---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam