Sesi Dialog Transformasi National 2050 Ketua Setiausaha Negara Bersama-Sama Penjawat Awam Negeri Johor


Sesi Dialog Transformasi National 2050 Ketua Setiausaha Negara Bersama-Sama Penjawat Awam Negeri Johor. Pagi ni aku terus ke Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri. Ada program dialog bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Lepas nganto kebudaks terus aku gerak ke sini memandangkan note dari bos mula jam 8.30 pagi. Aku sampai je terus perking depan Studio 4. Tengok semua pakai baju lebih kurang. Hehehe. Aku sampai sama dengan urusetia kot. Masuk. Tanya urusetia. Dah boleh daftar. Dia kata OK je. Terus daftar dan lepak nengok diaorang nyer setup. Memang gah betul. Dari tempat. Dari sistem bunyi dan video. Perghhh. Tak lama lepas tu baru hadirin mula masuk. Emcee tak putus putus naik dari awal menerangkan protokol dan semua info yang sepatutnya hadirin tahu. Memang kelas beb. Two thumbs up. Pegawai Pinewood juga turut naik menerangkan prosedur keselamatan. Sebelum mula ja dah tambah lagi 200 kerusi lagi menjadikan lebih 2,700 penjawat awam Negeri Johor menyertai Sesi Dialog ni. Wow. Tepat jam 10 Tan Sri KSN masuk. Turut bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Dato' Azmi Rohani. Memang terbaeekkk!!!!

Paling aku akan ingat dan dapat hari ni adalah... anggaplah apa yang kita buat tu adalah hak kita sendiri. Takkan kita nak buat sambil lewa kan. Sedangkan memang semua yang ada di sini adalah hak kita. Tanggungjawab kita. Apa sahaja yang kita buat ni saling berkait. Kita semua nak yang terbaik. Tapi adakah kita buat ke arah itu. Takkan nak harap orang aje buat yang terbaik, tapi bila kita sendiri... Memang menarik dan terkesan betul dengan inspirasi yang disampaikan. Teringat dua hari lepas bila pekedai layan yang terbaik pada aku dan mama. Dalam hujan lebat. Dia sendiri basah tapi dia pastikan pelanggan dia sentiasa kering. Masa tu pun aku dah terfikir panjang. Hanya ucapan terima kasih yang aku dapat bagi pada dia. Memang banyak membuka minda aku sepanjang sesi dialog ni. Apapun. Semuanya datang dari kita sendiri. Tak boleh hanya mengharap orang lain untuk beri yang terbaik. Kita sendiri kena turut serta dalam mewujudkan apa yang kita harapkan. All the best to all!

Yok turut serta. Banyak medium disediakan. Layari media berikut :

Laman web rasmi : https://mytn50.com
Twitter : https://twitter.com/myTN50
Instagram : https://www.instagram.com/mytn50/
Facebook : https://www.facebook.com/myTN50/

the venue







lepak sengsorang. kekeke


ronda jap


emcee of the day

beg sarapan




petugas pinewood studios
















---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam