PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Fardhu Lima Waktu Penghapus Dosa

Image result for ‎mknace hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Fardhu Lima Waktu Penghapus Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَفِي حَدِيثِ بَكْرٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ هَلْ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ قَالُوا لَا يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ قَالَ فَذَلِكَ مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِنَّ الْخَطَايَا

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, sedangkan dalam hadis Bakr, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bagaimana pendapat kalian, sekiranya ada sungai berada dekat pintu salah seorang diantara kalian yang ia gunakan untuk mandi lima kali sehari, mungkinkah kotorannya masih ada?" Para sahabat menjawab; "Kotorannya tidak akan tinggal." Baginda bersabda; "Itulah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahan." (HR Muslim No: 1071) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Solat fardhu lima waktu menjadi penghapus dosa antara satu solat dengan solat yang lain (dosa kecil).

2.  Perumpamaan orang yang mengerjakan solat fardhu lima waktu, seperti ia mandi membersihkan diri sebanyak lima kali sehari, sudah pasti tubuh badannya akan bersih.

Moga solat fardhu kita menjadi penghapus dosa yang dilakukan antara waktu solat tersebut.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

16hb Nov  2017
27hb Safar 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam