PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh Untuk Rakyat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh Untuk Rakyat

عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ  أَنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ زِيَادٍ عَادَ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ فِي مَرَضِهِ فَقَالَ لَهُ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ بِحَدِيثٍ لَوْلَا أَنِّي فِي الْمَوْتِ لَمْ أُحَدِّثْكَ بِهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لَا يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلَّا لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمْ الْجَنَّةَ

Dari Qatadah dari Abu al-Malih, bahawa Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar ketika ia sedang sakit, Ma'qil kemudian berkata kepadanya, 'Sesungguhnya aku menceritakan kepadamu sebuah hadis, kalau bukan kerana aku berada di ambang kematian, nescaya aku tidak menceritakannya kepadamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pemimpin pun yang mengurus perkara kaum muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka dan menasihatinya, kecuali dia pasti tidak akan masuk syurga bersama mereka'." (HR Muslim No: 205) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap pemimpin bertanggungjawab bekerja bersungguh-sungguh memberi khidmat untuk mereka yang berada di bawah kepimpinannya.

2.  Sebagai pemimpin, perlu sentiasa memikirkan bahawa seluruh tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.

3.  Pemimpin perlu bersungguh-sungguh menjaga kebajikan, keperluan, kasih sayang, keselamatan, keselesaan di kalangan rakyat atau orang yang dipimpin.

4.  Rasulullah SAW memberi amaran kepada pemimpin yang tidak bersungguh-sungguh bekerja mengurus rakyat di bawah kepimpinannya dengan tiada jaminan syurga.

5.  Saidina Umar Ibnu Khattab RA pernah menyatakan: " Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalan- nya rosak, aku takut Allah SWT akan mempertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak."

Berusahalah melaksanakan tanggungjawab kepada orang bawahan kita dengan bersungguh-sungguh.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

04hb Nov  2017
15hb Safar 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam