PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rebut Ganjaran Umpama Mendapat Pahala Haji dan Umrah


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rebut Ganjaran Umpama Mendapat Pahala Haji dan Umrah

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Dari Anas bin Malik dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah." dia (Anas RA) berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sempurna, sempurna, sempurna." (HR Tirmizi No: 535) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Ganjaran pahala berganda sentiasa disediakan kepada setiap Muslim yang menunaikan solat berjemaah khususnya di masjid.

2.  Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir  (sama ada zikir, membaca al-Quran, mendengar kuliah dan lain-lain) sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat (solat isyrak atau duha), maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.

3.  Rasulullah mengulangi tiga kali kalimat "Sempurna" (dianugerahkan ganjaran pahala haji dan umrah yang sempurna – walaupun tidak melakukan ibadat haji dan umrah). Namun, bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia berkemampuan.

4.  Al Lajnah Ad Da-imah (Jawatankuasa Fatwa Saudi Arabia) menjelaskan bahawa waktu awal solat Dhuha adalah sekitar 15 minit setelah matahari terbit. (Jika waktu syuruk 7.00 pagi, permulaan Dhuha sekitar 7.15 pagi). [Ada juga pendapat yang menyatakan 28 minit selepas matahari terbit].

5.  Waktu utama mengerjakan solat Dhuha adalah waktu matahari semakin panas. Dalilnya adalah,

أَنَّ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ رَأَى قَوْمًا يُصَلُّونَ مِنَ الضُّحَى فَقَالَ أَمَا لَقَدْ عَلِمُوا أَنَّ الصَّلاَةَ فِى غَيْرِ هَذِهِ السَّاعَةِ أَفْضَلُ. إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ ».

Zaid bin Arqom melihat sekelompok orang melaksanakan solat Dhuha, lantas ia mengatakan, “Mereka mungkin tidak mengetahui bahawa selain waktu yang mereka kerjakan ini, ada waktu yang lebih utama. Rasulullah  bersabda, “(Waktu terbaik) solat awwabin (nama lain untuk solat Dhuha iaitu solat untuk orang yang taat atau kembali untuk taat) adalah ketika anak unta merasakan terik matahari.  (Sekitar jam 8 pagi hingga 12 tengahari)

Ayuh. Rebut peluang ganjaran pahala haji dan umrah dengan memelihara solat berjemaah Subuh di masjid kemudian duduk beriktikaf sama ada dengan mendengar kuliah atau majlis ilmu, membaca al-Quran atau berzikir hingga masuk waktu untuk solat sunat isyrak atau sunat dhuha sebelum pulang ke rumah.  Ambillah peluang seminggu sekali pada waktu cuti di hujung minggu.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

03hb Nov  2017
14hb Safar 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam