PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kelebihan Solat Sunat Dhuha


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kelebihan Solat Sunat Dhuha

عَنْ نُعَيْمِ بْنِ هَمَّارٍ الْغَطَفَانِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَا ابْنَ آدَمَ لَا تَعْجِزْ عَنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ

Dari Nu'aim bin Hammar Al Ghothofani bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah Azzawajalla berfirman; Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat rakaat solat di awal siang (di waktu Dhuha) nescaya Aku akan mencukupimu pada petang harinya'." (HR Ahmad No: 21431)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah memberi kelebihan kepada hambanya yang meraikan waktu yang penting (waktu dhuha) dengan mendirikan solat sunat dhuha.

2.  Orang yang melaksanakan solat sunat Dhuha empat rakaat akan diberikan kecukupan padanya. Antaranya:

a.  Solat Dhuha akan menyelematkan pelakunya dari pelbagai perkara yang membahayakan. Juga dimaksudkan bahawa solat Dhuha dapat menjaga dirinya dari terjerumus dalam dosa atau ia akan dimaafkan jika terjerumus di dalamnya. Atau maknanya boleh lebih luas dari itu. (Kitab ‘Aunul Ma’bud, (4: 118) Syarah Sunan Abu Daud)

b.  At Thibiy berkata: Iaitu  engkau akan diberi kecukupan dalam kesibukan dan urusanmu, serta akan dihilangkan dari hal-hal yang tidak disukai setelah engkau solat hingga akhir siang.

c.  Juga membawa maksud, Allah akan mudahkan urusanmu hingga di akhir siang.” (Tuhfatul Ahwadzi, 2: 478).

Carilah sedikit waktu di pagi hari seperti pada waktu rehat 5 hingga 10 minit untuk melakukan solat sunat Dhuha.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

06hb Nov  2017
17hb Safar 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam