HADIAH SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) TAHUN 2015

HADIAH SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) TAHUN 2015


Tawaran baru Hadiah Skim Biasiswa Sukan (SBS) kepada atlet murid yang layak bagi tahun 2015 dibuka mulai 5 Januari 2015 dan tamat pada atau sebelum 30 Mac 2015.

Syarat kelayakan seorang atlet murid untuk pertimbangan mendapat Biasiswa Sukan, Kementerian Pelajaran adalah seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan.
  • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM; dan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan Tahun 2015 (MPK SBS LAMPIRAN A) boleh didapati seperti yang pautan di bawah:

BORANG PERMOHONAN SKIM BIASISWA SUKAN TAHUN 2015


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam