Langkau ke kandungan utama

Carlberg untuk Islam Malaysia??

Memang mengejutkan. Kalau aku sendiri tak jumpa artikel ini, maybe sampai bila pun aku kata ianya cuma fitnah2 kosong semata-mata. Tapi ini memang realiti. Di siarkan oleh The Edge Financial Daily.. Apa citer... Citer utamanya pasal kejayaan Carlberg Malaysia lah.. Second citer yang penting. Keluaran terbarunya.. Carlberg Beer Non Alcoholic for Muslim lagi tu.. Tu yang aku memang frust tu.. Tapi maybe Carlberg ni cuba menyahut cabaran Pak Lah ni sebenarnya.. Yelah, kan dok sibuk ngan MIHAS dia tu.. Tak tahu apa MIHAS, MIHAS tu Malaysia International Halal Showcase. Kira sumer barangan halal2 belaka lah yang cuba dikeluarkan oleh Malaysia.. Sampaikan beer pun nak dihalalkan jugak ker??

Kalau korang baca betul-betul artikel tu, antara lain Carlsberg’s newly appointed managing director Soren Holm Jensen ni menyatakan bahawa diaorang nak perkenalkan non-alcoholic beer, yang mana memang telah berjaya dipasarkan di Timur Tengah iaitu di Arab Saudi, Yemen, Kuwait dan Emeriah Arab Bersatu. Sekarang ni kire tengah berkire2 nak luaskan pasaran di Malaysia ler pulak.. Nak wat camner...???

Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh ‘negara Islam’ yang berjaya. Hakikatnya pemimpin yang mengaku Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”

Artikel penuh di Edge

ps : Tahniah Pak Lah
pss : Islam Hadhari berhasil

;) Chiaoo

Ulasan

Ghaz berkata…
Secara jujurnya ... saya memang ANTI ngan this so-called-non-alcoholic-beer/wine things ....

Perlu ker nak buat semuanya nih??? Sebab dulu kecik kecik , ingat lagi, ustaz kata, kita tak boleh nak sama atau membayangkan benda haram, sebab akan jadi haram ...

Then , kalau nak kita minum WINE dan BEER (iya ler , sebab kita nak berangan benda nih kan) , so macam mana ... Haram ker?

Di negara2 Arab ... saya tengok ngan mata sendiri , betapa MEGAH nya dia orang memegang botol dan memnium benda benda yg so-called-non-alcoholic nih!!!

Phheewwwwwww ... here somes Islam Hadhari .... heheheheee

(Emo sikit pagi nih)
mknace unlimited berkata…
Tak yah citerlah..
Bila kita minum air sejuk pun kalau dalam hati kata kita sedang minum arak, HARAM kita teruskan meminum air sejuk tu.

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam