Mushkil sikit


Akhirnya, pertemuan kedua-dua pembesar; negara dengan jirannya sudahpun berakhir, dengan beberapa keputusan; antaranya termasuklah penubuhan satu jawatankuasa peringkat menteri bagi memantau kerjasama di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di selatan Johor.
Abdullah berkongsi dengan sentimen Lee itu, tetapi memberitahu pemberita bahawa "kita tidak mahu dibebani dengan isu ini sedangkan ada perkara lain yang ingin kita lakukan".

Tapi yang peliknya pembesar negara berkata isu yang tertangguh sejak sekian lama antara Malaysia dan Singapura akan dibincangkan setelah kerajaan kedua-dua negara selesai menangani isu lebih mendesak dan lebih mudah dibincangkan. Nak jugak lak tahu kan apa isu yang lebih mendesak tu. Kalau nak ikut antara isu tertunggak iaitu harga air, penggunaan ruang udara Malaysia oleh tentera udara Singapura, pembangunan tanah KTM Berhad di Singapura, jambatan baru; aka jambatan bengkok dan pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pusat oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, lagi terdesak; cuma rumit
dibincangkan.

Bertambah pelik lagi apabila wujdnya pulak segelintir menteri dari negara jiran dalam AJK pemantauan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Kenapa harus ada campurtangan daripada kuasa asing dalam pembangunan di negara sendiri. Bukankah ianya sama sahaja seperti membuka pintu rumah untuk dimasuki orang tak dikenali [bahasa kasonyer pencuri]. Urusan negara lebih baik dibiarkan negara sendiri yang menentukan hala tujunya. Dah settle nanti, hah; masuklah orang-orang lain ni, dan ikutlah apa yang tuan rumah dah gariskan. Bukannya menggariskan apa yang patut tuan rumah patut buat untuk kepentingan tersendiri.

ps : Lee membayangkan akan mengadakan suasana pertemuan yang serupa apabila Abdullah datang melawatnya di Singapura pada masa depan dengan berkata: "Di sini (di Langkawi), kedua-dua perdana menteri ada, menteri juga ada, kami bermain golf bersama, meluangkan satu masa untuk bersama dan seharusnya kita melakukan perkara sebegini dengan lebih kerap."

pss : Hehehe.. no komen.

;) Chiaooo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016