Had persaraan

Had persaraan.. Ini merupakan isu yang paling menarik. Untuk aku, cukup2lah dengan yang dah sedia ada. Tak perlu dipanjangkan lagi. Tak cukup lagikah seseorang itu bekerja/berkhidmat/membanting tulang selama 20++ tahun. Sudah-sudahlah bekerja bersama anda tu. Dah sampai 50++ tu pun dah kira masa yang sesuai untuk berehat dari tekanan kerja. Luangkan masa dengan famili. Tengok-tengok famili yang hampir awak lupakan hampir 20++ tahun tu.

Dalam berita harian dilaporkan
Kerajaan boleh menjimatkan kira-kira RM1.2 bilion dalam tempoh empat tahun jika umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan kepada 60 tahun berbanding 56 tahun sekarang. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata penjimatan itu dianggarkan selepas mengambil kira pelbagai perbelanjaan yang mampu dikurangkan atau dihapuskan apabila had umur persaraan dilanjutkan.Perbelanjaan itu termasuk kos perubatan pesara, pencen pegawai yang disambung secara kontrak, kos melatih dan gaji kakitangan baru.
Dalam tu pun dah tulis kos perubatan, ini bermakna had umur 50++ ni memang dah tak sesuai lagi didedahkan dengan tekanan perkerjaan lagi dan mereka ni memang sedia maklum dah guna pakai habis semua kuota yang Tuhan kurniakan. Tu yang pelbagai penyakit pun dah mula keluar. Pasal penyakit toksah citerler, aku yang muda ni pun dah ada tanda dah..
Omar berkata, ketika ini kerajaan banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk membayar kos perubatan pesara, sedangkan kebanyakannya sudah mempunyai pekerjaan sendiri atau berkhidmat di sektor swasta. “Pesara kerajaan menikmati perkhidmatan perubatan percuma di hospital awam dengan hanya mengemukakan kad pesara, sedangkan mereka sudah tidak berkhidmat dengan kerajaan. Cuepacs bukan membantah pemberian perkhidmatan percuma ini tetapi berpendapat ia mampu dikurangkan jika mereka dibenarkan terus bekerja dengan kerajaan. Selagi mereka bekerja, badan mereka akan lebih sihat dan secara tidak langsung kos perubatan dapat dikurangkan,” katanya kepada Berita Harian.
Lawak lah kenyataan akhir tu. Apa yang sihat kalau asik berembun dalam aircond tu. Blurred pale hotak aku ni. Dalam bab taknak kasi perubatan percuma sebab kebanyakannya sudah mempunyai pekerjaan sendiri. Yang ni aku memang tak setuju. Bukan pasal maybe aku pun akan masuk dalam golongan ni. Bukan. Tapi tak ingatkah kerajaan dengan sumbangan mereka ni selama mereka bekerja dengan kerajaan. Soal ada pekerjaan lain tu, aku rasa segelintir kecil jer. Yang benar-benar hantu kerja. Yang lain banyak menghabiskan masa dengan famili jer.. Buatlah bancian, statistik baru cakap bang. Jangan main lepas jer..

ps : Aku sendiri pilih bersara pada umur 55. Cukup-cukuplah..
pss : Masih kompetenkah aku apabila melepasi usia 56++. Wallahualam.

Laporan Khas Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam