Gaji naik.. Yahoo @ Alhamdulillah













Perkara ni memang menjadi topik perbualan hangat sejak petang semalam. Dari gerai-gerai, sampailah ke pejabat-pejabat, berlarutan pula sampai ke rumah. Memang hangat. Sangat hangat. Tapi tanpa kita sedar lebih ramai yang mula memasang angan-angan yang melangit daripada menadah tangan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Kenapa ini berlaku?
Dalam tak sedar juga media memainkan peranan yang sangat hebat dalam mewar-warkan berita ini sehinggakan kita terlupa berapa sebenarnya yang naik. 40%? Jauh sekali. Ramai yang terlupa , terlepas pandang; yang dinaikkan bukan gaji semasa tapi gaji basic. Ye.. Yang seawal semasa kita mula bekerja dengan gred jawatan kita tu. Bukannya gaji pokok semasa. Kalau gaji pokok semasa manakan mampu kerajaan nak menanggung semua kenaikan tu. Niat disini bukanlah sekali-kali nak memburukkan keadaan. Cuma sekadar nak memperbetulkan impian dan angan-angan yang dah mula bersarang di minda rakan-rakan.
Sebagai contoh, disini gaji asas kerani adalah RM 656.30. Selepas kenaikan 25% dia akan dapat tambahan lebih kurang RM 164.07. Untuk kerani baru gaji dia terus naik RM820.37; tetapi yang dah lama, tangga pun dah naik beberapa aras dia akan dapat kenaikan gaji sebanyak RM 164.07 juga. Tak kiralah dah P berapa T berapa. Sama juga dengan polis & tentera, tambahan 20% tu bukannya dari gaji pokok tapi dari kenaikan yang anda dapat. Contohnya kenaikan RM100, maka 20% tadi datangnya dari RM100 iaitu RM20.
So, peranan media disini amat penting untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Bukannya dok sibuk2 mewar-warkan kenaikan tertinggi sahaja pasal banyak ikan-ikan yu diluar sana yang akan mula meranduk segala mangsa yang dia boleh belasah. Paling dekat, harga roti canai pun dah naik, minyak pun dah naik; padahal media langsung tak cakap apa. Paling bodoh bila disiarkan berkenaan persatuan berjanji takkan naikkan harga; tapi realiti langsung tak sama.
Apa-apa pun eloklah kita menadah tangan kesyukuran atas kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Sekurang-kurangnya kita tetap dapat juga kenaikan. Boleh lagi kita menanggung kehidupan kita berbanding dengan ramai lagi yang malang di luar sana.

Alhamdulillah...


ps : Walauapapun jangan kita cepat melatah tak tentu pasal. Tenang dan kita nantikan dengan penuh debaran kedatangan Julai nanti. Tak semestinya apa yang dicoretkan disini benar belaka, maybe akan berlaku perubahan. Manalah tahu...
Julai nanti

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied