Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Pameran Hari Guru


Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Pameran Hari Guru. Hari ini bermula pameran hari guru di Aras 3 Sutera Mall, Johor Bahru sehingga 30 April. Selesai mesyuarat di ofis aku bergerak ke Masjid Kampung Pasir untuk solat zohor dan makan tengah hari di Kak Jam Corner yang terletak di hujung simpang bersebelahan masjid tu. Leh tahan nasi ayam penyet dia. Terbaeekkk!!!! Sampai di Sutera Mall jam 2. Melilau jam cari lokasi pameran. Kami park kat hujung MyLibrary manakala tapak pameran terletak di hujung bertentangan bersebelahan dengan SenQ. Penat sikit la menapak kan. Esok kena cari alternative parking yang lebih dekat. Sampai aje Forum Hari Guru dah bermula. Pentas utama terletak di tengah-tengah ruang booth. Kami meronda booth pameran sambil mendengar forum yang dijalankan dari jauh. Ada pelbagai booth disediakan di sini. Sekolah dalam hospital ada. Booth persatuan diabetes ada. Sesambil jugak kami meronda booth #20 yang mana guru ikon PAK21 yang diselia BTPN dan kami. Ada juga booth baju korporat dengan harga serendah RM65 sehelai. Boleh tahan juga. Sebelum bergerak ke venue seterusnya kami sempat melawat booth program kelestarian di bawah seliaan SJKC Pulai. Siap dihidangkan teh hasil tanaman sendiri tu. Jom reramai ke pameran hari guru 2019. Macam macam ada. Boleh rujuk FB JPN Johor untuk senarai penuh program yang berlangsung sepanjang pameran ini.

singgah lunch jap

marbeles

dah sampai. kaki pun dah lain macam menapak ni

forum sedang berlangsung

mus tak lepaskan peluang

hmmm


the whole team 


lepak kat booth baju korporat jap

jumpa cik "rodiah" jap

ni la team ikon PAK21 booth 20 tau

yok!

team anak anak kelestarian

we all

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam