Dr Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor ke-17


Dr Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor ke-17. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene di sini, hari ini. Sebelum ini Dr Sahruddin adalah anggota EXCO kerajaan negeri yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri.

Dilahirkan pada 26 Mei 1975, beliau yang berusia 43 tahun adalah doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia. Sebelum menceburi bidang politik, beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh. Dr Sahruddin berkahwin dengan seorang doktor iaitu Dr Nila Armila Mukdan dan dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Dr Sahruddin juga dilihat memainkan peranan instrumental ketika Johor menghadapi bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, selama dua minggu, bulan lalu. Ketika itu, beliau memainkan peranan penting secara “hands-on” dan turun padang sejak hari pertama lagi (7 Mac) serta melihat sendiri keadaan di beberapa lokasi kejadian serta turut mempraktikkan ilmu perubatan beliau dengan memeriksa mangsa-mangsa yang terkena “Simptom Kim Kim”. Anak kelahiran Muar itu turut menjadi perhatian apabila menjadi wakil rasmi Menteri Besar sebelum ini Datuk Osman Sapian pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya (9 April), sehari selepas Osman bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan bekas Menteri Besar itu dengan Dr Mahathir pada 8 April itu difahamkan berkenaan dengan status jawatan MB yang dijawat Osman ketika itu. Kehadiran Dr Sahruddin dalam pemukiman itu turut menguatkan lagi khabar angin bahawa beliau adalah antara calon Menteri Besar Johor yang baharu. Pelantikan Dr Sahruddin sebagai Menteri Besar, turut menandakan kesepakatan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tetap dengan pendirian meneruskan tampuk pimpinan negeri Johor kepada BERSATU Johor.

Dr Sahruddin Jamal
Umur : 43 tahun
Tempat lahir: Batu 28 Lenga, Muar
Berasal daripada keluarga petani kampung di Lenga, Muar.|
Pendidikan:
Ijazah Sarjana Perubatan, Universiti Hasanuddin, Makasar, Sulawesi Selatan, Indonesia

Pengalaman Kerja:
- Doktor perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar (lima tahun)
- Memiliki klinik swasta di Pagoh, Muar

Isteri:
- Dr Nila Armila Mukdan, 40 tahun

Anak:
- A Nasha Yasmine Annisa
- Nadya Zhafirah Annisa
- Nurul Fitri Sofia.

Politik:
- Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP