Program Latihan Pengukuhan Pengguna dan pentadbir UC MyGovUC 2019 untuk negeri Johor


Program Latihan Pengukuhan Pengguna dan pentadbir UC MyGovUC 2019 untuk negeri Johor. Mungkin kali ni gaya penulisan aku lain sikit daripada yang biasa. Kali ni kita borak cerita disebalik. Ingat mantan bos aku pernah pesan kat aku satu ketika dulu. Orang hanya nampak hasil yang cantik aje, dia tak pernah tau pun pasal macamana benda tu jadi gitu. Cuba tengok itik berenang. Cantik. Ayu. Smooth aje gitu. Semua tak nampak betapa kaki dia berhempas pulas mendayung kat bawah air. Macam tu la kita. Alhamdulillah. Program kami ni pun berjalan dengan baik sepanjang dua hari. Dilaksanakan oleh pihak TM dengan kerjasama MAMPU pada 9 dan 10 April 2019 melibatkan 6 sesi di 2 pusat iaitu JPN Johor dan PPD Batu Pahat. 31 Mac aku terima berita pasal program ni dari encik firdaus. Kalau aku amik, aku hanya ada 8 hari untuk proses sehingga program ni dilaksanakan. Means. Sebarluas. Cari peserta secara volunteer. Tapis. Keluar surat panggilan. Urus program. Kalau tak grab, memang peluang nak dapat semula sangat tipis. Keputusan perlu dibuat petang tu juga. Bincang semula. Team semua sanggup. And we grab it. Terus maklum pada bos berkenaan perkara ni. Terus maklum kat semua team kat daerah untuk sebar luas segera! Esoknya siap semua infografik promo dan tapak untuk pendaftaran. Kami buka 5 hari sahaja sebab lepas tu urusan tapisan akan bermula dan surat perlu keluar. Jumpa bos bincang lagi. Alhamdulillah. Selesai urusan punca kuasa tinggal nak keluarkan senarai peserta aje. Yang pastinya. 8 hari ni memang full swing. Terima kasih pada semua. Bos yang supportive. Team penceramah. Team spmict. Team PPD Batu Pahat. Peserta yang hadir. Anda semua memang terbaeekkk!!!! Kali ni aku amik gambo pelaporan orang pada aku aje. Dah nampak bunga bunga sibuk dah kan. Kah!

team kota tinggi ke Pasir Gudang. Roadshow Utama MyGovUC

Sesi PentadbirUC di Batu Pahat






Sesi PentadbirUC di JPN Johor





Sesi pengguna di JPN Johor

















---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam