Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian


Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian sahaja bermula pada 15 hingga 30 April 2019. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan. Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
Membuat permohonan pendaftaran lewat SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 12/04/2019 sehingga 30/04/2019. Permohonan pendaftaran lewat SPM akan dikenakan Bayaran Calon Lewat Daftar sebanyak RM30.00 sahaja. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN/PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:-

1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran
2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan
3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan
4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC yang disahkan (calon mengulang sahaja)
5. Bayaran yuran peperiksaan - Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
6. Empat (4) keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri

Sila pastikan anda membuat semakan permohonan pendaftaran SPM di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPM mulai 14/04/2019 dan membuat semakan permohonan pendaftaran lewat SPM di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPM mulai 14/05/2019. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan.

Permohonan pindah pusat peperiksaan antara 11/03/2019 sehingga 30/04/2019.
Permohonan pembetulan maklumat antara 11/03/2019 sehingga 25/04/2019.
Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing. Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam