Jawatan Kosong @ Pejabat Menteri Besar Johor


Jawatan Kosong @ Pejabat Menteri Besar Johor. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor bagi jawatan seperti berikut:-

  1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
  2. PEGAWAI BERITA S41
  3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
  4. PEMBANTU OPERASI N11

CARA MEMBUAT PERMOHONAN:-

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https://www.johor.gov.my/

(b) Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dokumen-dokumen seperti berikut :-
   (i) Sijil Kelahiran
   (ii) Kad Pengenalan
   (iii) Sijil berhenti sekolah
   (iv) Lain-lain sijil/Diploma/Ijazah/surat akuan berkaitan.

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A Bil. 21 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang
terkini.

(d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

    PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
    ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD
    KOTA ISKANDAR,
    79502 ISKANDAR PUTERI,
    JOHOR BAHRU.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN adalah sebelum atau pada 20 DISEMBER 2018

CATATAN AM:
i. Sila nyatakan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat pemohon.
ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA
iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam