PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018




PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018 mengambil tempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 APRIL hingga 6 MEI 2018 bermula 10 pagi – 7 malam bagi hari Isnin hingga Khamis manakala bagi Jumat hingga Ahad dan Cuti Umum dari 10 pagi – 9 malam.

Negara Tamu terlibat pada edisi kali ini adalah Arab Saudi dan Indonesia dan Negeri Tamu adalah negeri Kedah. Antara yang menarik termasuklah :

  1. Pameran Kandungan Digital: BACA World 2018 (27-29 April 2018, Dewan Merdeka PWTC)
  2. Pusat Dagangan dan Perlesenan Hak Cipta: KLTCC (30 April – 2 Mei 2018)
  3. Konvensyen Penulisan Kuala Lumpur (5 Mei 2018, 8 pagi – 6 petang)
  4. Ruang Karyawan dan Pembaca: REHAT & BACA (Aras 4, PWTC)
  5. Anugerah Kulit Buku Cantik: Maklumat lanjut rujuk FB Anugerah Kulit Buku Cantik
  6. KL Baca! Kuala Lumpur ke arah Ibu Kota Buku Dunia 2020 : Rujuk FB KL Baca

Maklumat lanjut mengenai pesta buku: www.klibf.my manakala FB PBAKL untuk maklumat semasa terkini.

PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun. Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru. Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL. Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam