Pertandingan Mereka Logo APEC Malaysia 2020


Pertandingan Mereka Logo APEC Malaysia 2020. Terma dan Syarat bagi Pertandingan Mereka Logo
APEC Malaysia 2020. Pertandingan ini bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk logo bersempena dengan penganjuran Forum Kerjasama Asia Pasifik atau lebih dikenali sebagai APEC pada tahun 2020. Rekabentuk logo ini hendaklah mengambilkira keperluannya untuk disaiz semula, kesesuaian untuk dilihat dalam hitam-putih dan berwarna. Rekabentuk terakhir logo perlulah sesuai untuk dilihat/dipamer dan untuk digunakan bagi tujuan promosi, pin lapel, sepanduk, baju-t dan pelbagai barangan.

Rekabentuk logo perlu:

  • melambangkan Malaysia dan APEC;
  • mengambil inspirasi dari kepelbagaian budaya, keharmonian kaum dan keunikan negara kita;
  • melambangkan 3 tonggak APEC, iaitu Liberalisasi Perdagangan dan Pelaburan, Pemudahcara Perdagangan dan Kerjasama Ekonomi serta Teknikal;
  • mengandungi perkataan “APEC Malaysia 2020” (lain-lain teks adalah tidak dibenarkan);
  • mengandungi penerangan mengenai rasional pemilihan rekaan dan pilihan warna; dan
  • tidak boleh mengandungi elemen yang menyentuh sensitiviti politik, bangsa, agama dan budaya.

Penyertaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk fail JPEG (2” x 2”, minimum 300 dpi). Bagi tujuan penghasilan semula, penyertaan terpilih perlu dikemukakan dalam format scalable vector graphic (EPS).

Penyertaan perlu dikemukakan melalui emel ke apec2020@miti.gov.my selewat-lewatnya 5 petang, 30 April 2018. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada alamat emel ini.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Para peserta boleh mengemukakan lebih dari satu rekaan, di mana setiap penyertaan pelu dikemukakan menggunakan emel yang berasingan.

Setiap peserta perlu mengesahkan ketulenan rekabentuk, di mana ianya merupakan rekabentuk sendiri dan tidak diambil dari rekabentuk terdahulu, termasuklah rekabentuk sendiri serta tidak melanggar hak harta intelek individu atau entiti lain.

Semua penyertaan yang dikemukakkan akan menjadi hak milik MITI dan akan diguna oleh Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 Malaysia, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, laman sesawang, kad perniagaan, kepala surat, poster dan lain-lain material.

Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 Malaysia berhak untuk mengguna, meminda, menambah sebahagiannya ataupun sepenuhnya, di mana wajar, rekaan yang memenangi pertandingan.

Pemilihan pemenang akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri dari Pengurusan Atasan MITI serta wakil dari Organisasi Tidak Berasaskan Keuntungan (NPO). Sebarang keputusan adalah muktamad.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016