Audit DTP & Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 tahun 2018 JPN Johor


Audit DTP & Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 tahun 2018 JPN Johor. Memang sengaja aku tulis setelah selesai program 3 hari. Kasi setel semua baru kita ulas kan. Audit bermula 23 hingga 25 April. Mesyuarat Pembukaan mengambil tempat di Bilik Mesyuarat Utama pada 23 April. Ucapan aluan daripada En Kamarudin Abu selaku wakil pengurusan tertinggi diikuti dengan taklimat pembukaan oleh En Basri Hj Sahlan selaku ketua auditor. Sebelah petangnya aku turut dipanggil untuk sesi bersama ketua auditor sendiri. Duduk aje dah ditanya pasal dokumen PK15. Alhamdulillah. Proses kerja biasa yang dah dilaksanakan yang dahulunya diletakkan sebagai PK16.

Hari Kedua. 24 April. Pagi pagi dah diminta ke Bilik Mesyuarat untuk submit Fail Meja. Tak lama lepas tu ada sesi bersama ketua auditor berkaitan fail meja. Selesai. Masuk ofis. Ada sedikit perbincangan bersama en firdaus. Lawatan auditor ke lokasi pula ambil tempat. Sempat beramah mesra dengan team auditor yang hadir ke ofis.

Hari Ketiga. 25 April. Tunggu mesyuarat penutup sahaja hari ni. Sesambil tu layan projek aku yang aku rasa macam hmmm. tak jadi lagi ni. sadis sadis. Jam 2.15 petang semua gerak ke BMU untuk dengar dapatan. Alhamdulillah. Ada improvement. Dashboard kami pun antara yang tersenarai sebagai amalan terbaik. Tahniah pada semua team pengurusan data negeri. Kerjasama semua unit terlibat tu yang mahal.

Hari pertama : Mesyuarat Pembukaan



ucapan aluan







barisan auditor






ucapan ketua auditor







sesi bermula

sesi audit bersama ketua auditor ... dashboard

Hari kedua : Lawatan auditor ke lokasi


sebelum tu dah ada satu sesi juga bersama ketua auditor berkaitan Fail Meja



hari terakhir ... cemerlang sungguh panorama semasa nak naik ke mesyuarat penutup

semua dah mula masuk 


laporan dapatan ketua auditor




cubaan zoom guna ipad ... hmmm... sakit sikit la



ucapan dari pengurusan tertinggi





alhamdulillah. selesai dengan jayanya

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam