Penghormatan Terakhir Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi

Penghormatan Terakhir Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi. Orang ramai yang nak beri penghormatan terakhir pada Almarhum Sultan Azlan Shah boleh berbuat demikian hari ni bermula jam 9 pagi hingga jam 11.30 pagi bertempat di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan.


Penghormatan Terakhir Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi Esok
KUALA KANGSAR, 28 Mei (Bernama) -- Orang awam dijadual memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak malam ini, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing.
Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang.
Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu akan disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada 3 petang.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam