Guru Akan Diberi Netbook 1Malaysia - Ahmad Shabery

Guru Akan Diberi Netbook 1Malaysia - Ahmad Shabery. Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ada menulis dalam facebooknya berkaitan dengan perkara ini. Katanya dah dipersetujui pun dalam kabinet. Baguslah. Sekurang-kurang kita nampak perhargaan yang tinggi diberikan pada guru-guru. Ada usaha disini. Cuma. Harapnya. Prasarana yang sedia ada ni dapat ditingkatkan lagi, terutama di kawasan luar bandar dan pendalaman.

Guru Akan Diberi Netbook 1Malaysia - Ahmad Shabery


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Netbook 1Malaysia akan turut diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.
Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya.
"Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.
Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied