Catatan

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190316 Sesi Pertemuan 10 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190316 Sesi Pertemuan 10 Darjah Khas. Esoknya ada mesyuarat agung badan kebajikan. Macam PIBG la kalau sekolah harian ni. Ramai la esok ni kan. Hari ni laaagi lain. Ici ikut dengan mama sekali tau. Ada sebab dia. Lepas hantar angah kita gi zoo lagi katanya. Layan.

Where on Google Earth is Carmen Santiago

Imej
Where on Google Earth is Carmen Santiago. Sempat main game ni kejap. Nostalgia beb. Aku main dulu masa kat U. Memang kaki game pun kan. Tapi yang memang nampak gempak la. Gunakan stail lama dengan paparan satelit tu. Layannzzz!!!!

Touch n Go RFID Fitment Appoinment : Success Service & Maintenance Gelang Patah

Imej
Touch n Go RFID Fitment Appoinment : Success Service & Maintenance Gelang Patah. Ni antara benda lagha yang aku buat semalam masa tensen mental block. Jap ja daftar dia. Kebetulan si mus sibuk dok tanya center kat mana. Terus aku daftar aje. Nak daftar? Gi sini. https://rfid.touchngo.com.my/ . Setel semua tinggal nak pasang aje. Tak lama pun. Bawak semua dokumen yang diminta. Dia akan maklum masa kita daftar dan ada dalam emel pengesahan. So. Pagi ni aku dan mus dedua dah ada tepat jam 10 pagi. Rupanya ada dua jenis sensor. Satu kat luar; ni untuk kereta yang bertinted. Dia juga ada yang kat dalam untuk kereta yang takde tinted. Aku amik yang luar manakala mus amik yang dalam. Jap je dia pasang dan test. Setel. Memang terbaeekkk!!!! Tinggal dok tunggu SMS pengesahan dah boleh guna aje ni. Yok reramai kita pasang. Free aje. Lebih mudah berbanding SmartTag tau.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan 2019

Imej
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan 2019. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa. Permohonan secara atas talian akan dibuka pada 19 Mac 2019 (Jam 12.00 Tengahari). Hanya calon yang layak sahaja dibenarkan membuat permohonan. Calon perlu memenuhi syarat kelayakan asas sebelum dibenarkan memohon PISMP 2019. SYARAT UMUM 1.

Permohonan Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) 2019/2021 kini dibuka!

Imej
Permohonan Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) 2019/2021 kini dibuka! Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) adalah program pra-universiti yang menerima pengiktirafan antarabangsa. Program ini dijalankan selama 4 semester (2 tahun). Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan kemasukan ke Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) bagi sesi pengajian 2019/2021 di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Calon yang berkelayakan dan berminat dijemput untuk memohon dengan melayari laman web rasmi MCKK di www.mckk.edu.my dan TKC di www.tkc.edu.my. Cara memohon Muat turun borang permohonan di laman web rasmi The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) di www.mckk.edu.my atau Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di www.tkc.edu.my Lengkapkan borang permohonan Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan menerusi emel atau pos seperti butiran berikut PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN International Ba

SPM 2018 result : Analisa & Ranking MRSM

Imej
SPM 2018 result : Analisa & Ranking MRSM. Biasanya aku akan update pasal MRSM terlebih dahulu. Kali ni aku taruk SBP dulu. Sedih beb. Tun Ghafar Baba masih mengungguli carta kebangsaan. Beseri. Tempat aku dulu nampaknya drop abisss. Dari top 20 ke bottom 10. Dari 2++ le 3++. Huhuhu. Haisshhh. Mama paling suka kali ni. Muar kekal ditempat yang sama kot. Kami yang makin ke bawah. Apapun. Tahniah. Ranking ni just sebagai kayu ukur antara MRSM aje. GPM tu yang mencerminkan siapa anda. Yang pasti. Anda semua dah lakukan yang terbaik. Good job!

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

Imej
SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP. A bit late updating. Macam biasa. Kat sini ada 3 warna bagi SBP kami. Iqa kat STF. Alhamdulillah. Masih kekal di tempat pertama antara semua. Dan yang lagi dua ofkos la KUSESS tempat aku kerja dulu dan STJ tempat mama kerja. Nostalgia beb. Tempat pertama posting kan. Iqa pun memang membesar di KUSESS. Ada sedikit perbandingan kedudukan berbanding tahun 2017. GPS lama aku saja tak masukkan. :P Tahniah pada semua.

Serabut

Imej
Serabut. Hari yang paling serabut bagi aku. Actually. Memacam aku plan nak buat hari ni. Tapi. Sebab facebook dan suku sakatnya down, terus serabut kepala. Masalah kan. Tu lum dajal turun lagi tu bak kata member aku. Haiisshhh! Ni la problem bila kita dah bergantung pada benda ni dan kena jaga benda ni. Banyak benda nak update untuk umum; dari keputusan SPM, bencana, panduan. Haisshhh. Last aku serabut gini masa web PPDJB teruk kena hack suatu masa dulu. Memang blank beb. Yang best. Siap restart laptop. Log out keluar FB. Lagi bertambah serabut lepas tu. Kakaka. Around 10.30 pagi baru up semula. Semua dah terlambat. Tapi. Tetap masukkan jugak la beberapa post pasal hari masih panjang. Nyambil nyambil nengok budak praktikal berdua ni. Haiisshhh. Sampai gini gaya buat coding. Banyak benda tak jadi hari ni. Mental block. Tensennn!!!

SMK Taman Nusajaya : With SPM 2018 Students

Imej
SMK Taman Nusajaya : With SPM 2018 Students. Hari di mana keputusan SPM diumumkan. Memasing ada cerita tersendiri. Walau apa keputusan diterima, anda telah melakukan yang terbaeekkk!!!! All the best to all.

Iqi turns 9

Imej
Iqi turns 9. Selamat Hari Lahir yang ke-9 Muhammad Haziq Ziqri. Semoga menjadi anak yang soleh dan diberkati Allah selalu. Aku amik cuti khas. Sebab. Dah 3 hari dia tak sihat. Hari ni bawak dia gi Columbia. Singgah STF dulu hantar barang kiriman iqa. Alhamdulillah. Keadaan terkawal. Tapi rata-rata isu sungai Kim-Kim jadi sebutan. Kat reception dia suggest aku jumpa doktor pakar kanak-kanak dulu. Dr. Victor. Lembut je orangnya. Sesekali slang utara aku dengo. Rupanya bertugas kat Penang sebelum ni. Alhamdulillah. Tak kena tahan wad. Tapi. Ubatnya sebeban la jugak kan. Balik. Kena bayar RM4. Lebih seminit. Kekeke. Pakcik depan aku pun bebel jugak. Leh tahan mesin ni. Hahaha. Tanya iqi dia nak apa. Pizza. Balik. Bagi dia makan ubat. Order delivery aje. Semoga cepat sembuh ya iqi.