Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan 2019


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan 2019. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa. Permohonan secara atas talian akan dibuka pada 19 Mac 2019 (Jam 12.00 Tengahari). Hanya calon yang layak sahaja dibenarkan membuat permohonan. Calon perlu memenuhi syarat kelayakan asas sebelum dibenarkan memohon PISMP 2019.

SYARAT UMUM
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999
3. Sihat tubuh badan
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

SYARAT AKADEMIK
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran
2. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    i. Bahasa Melayu
    ii. Bahasa Inggeris; dan
    iii. Sejarah
3. Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online)

CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 19 Mac 2019.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
6. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PERINGATAN Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 MAC 2019 (11:59 MALAM)

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1 - 3, BLOK 2250,
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6768/6758/6693/6678/6733/6731/6769/6689/6760

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam