Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2020

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH  1. Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB? Tidak, semua sekolah masih ditutup.  2. Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah? Sekurang-kurangnya dua  (2) minggu sebelum sekolah dibuka. B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH  3. Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB? Boleh, jika ada keperluan. 4. Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?  Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah. 5. Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB? Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa. 6. Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa PKPB?  Guru hendaklah memohon melal

GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Imej
GERAN KHAS PRIHATIN (GKP). Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019, dan masih aktif menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro semasa permohonan dibuat seperti berikut: - Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Pem

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 7 Mac 2020. Isi semula on 1 Mei 2020. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM37.37 for 286.6 km melibatkan 29.895 l minyak. PKP punya cerita. Sekadar panaskan enjin dan keluar cari barang keperluan sekali seminggu.

Hari Keputeraan Sebenar Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Imej
Hari Keputeraan Sebenar Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Daulat Tuanku. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sebenar Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 3 : Aktiviti Minggu 6

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 3 : Aktiviti Minggu 6. Semalam berakhir PKP Fasa 3. Nampak cantik graf dia. Harap dapat terus bertambah baik. Yang penting adalah bagaimana kita menguruskan diri dan minda di rumah. So. Untuk minggu keenam ni lebih aktif kami dirumah. Beberapa platform video conferencing rasmi diujicuba. Dari Skype, Webex dan Meet. Setakat yang aku test, Meet paling mudah dan agak ringan terutama untuk aku yang duduk di kawasan pinggir coverage. Meetims sektor secara video conferencing pun bermula selepas beberapa trial test dan precouncil. Boleh tahan. Cuba kekadang aku terpaksa tahan telinga lebih sebab line tak berapa stabil. Masak wooo. Paling teruk masa buat tadarus. Line aku dah sampai limit. Setengah jam last tu aku dengar bunyi putus putus aje sampai tak dapat tau apa cerita dan ditutup dengan... aku terkeluar terus. Masa untuk main dinosaur la. Sampai pecah rekod lama wehhh.. Belajar pun secara atas talian. Tapi. Nazak jugak nak ngabihkan. Nak

Zakat Fitrah menerusi Aplikasi SnapNPay

Imej
Zakat Fitrah menerusi Aplikasi SnapNPay. Pagi ni berkesempatan menunaikan pembayaran zakat bagi pihak ketiga menerusi sistem aplikasi pembayaran menerusi QR Code iaitu SnapNPay. Install dan login menggunakan akaun google. Boleh tahan. Banyak perkara yang boleh dibayar menerusi sistem ini rupanya. Paling best untuk zakat fitrah ni adalah, tak payah scan pun. Dah siap dalam tu tinggal klik sahaja. Mudah dan pantas. Alhamdulillah. Jom kita nengok step by step penggunaan.

Zakat Fitrah menerusi Zakat Johor Online Payment

Imej
Zakat Fitrah menerusi Zakat Johor Online Payment. Pagi ni berkesempatan menunaikan pembayaran zakat menerusi sistem pembayaran atas talian di url  https://epayment.maij.gov.my/ . Bagus juga. Baharu tahu pasal semua pembayaran yang telah dibuat selama ni. Buat pembetulan ejaan nama sekali. Mudah dan pantas. Alhamdulillah. Jom kita nengok step by step penggunaan.

Salam Ramadan 1441 Hijrah | 2020

Imej
Salam Ramadan 1441 Hijrah | 2020. 1 Ramadan 1441H telahkan diisytiharkan pada hari Jumaat, 24 April 2020. Selamat menjalani ibadah di sepanjang Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan ini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Jom Baca Bersama - We all @ home

Imej
Jom Baca Bersama - We all @ home. Sempena menyahut seruan program ANAK JOHOR BANGSA MEMBACA, KEMPEN BULAN GALAKAN MEMBACA, JOM BACA BERSAMA #dudukrumah #bacadirumah kami bersama-sama duduk membaca buku mengikut tentatif yang ditentukan iaitu pada 23 APRIL 2020 jam 11.00 PAGI. Dua video dicompile. Satunya kami di rumah, dan satu lagi semua team S4PD yang baca bersama di rumah masing-masing selepas selesai meeting atas talian tadi. Video penuh kami at home @ https://youtu.be/eLBPY9LRXOA manakala untuk team S4PD @ https://youtu.be/Js6QPJ2Atpw Bersama kita buktikan bahawa Anak Johor Bangsa Membaca!! #DudukdiRumah #KitaJagaKita #StopCovid19 #JPNJohor #AnakJohorBangsaMembaca #PendidikanHolistik #MengoptimumkanPotensi #MemaksimumkanKeberhasilan

Imsakiyah Ramadan 1441H/2020M

Imej
Imsakiyah Ramadan 1441H/2020M. Imsakiyah bulan Ramadan 1441 Hijriah bersamaan April/Mei 2020 Miladiah daripada Jabatan Mufti Johor boleh dimuat turun melalui pautan ini . --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 4

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 4. Dah masuk minggu cukup sebulan duduk rumah. Kebanyakannya dah jadi alah bisa tegal biasa, walau kekadang akan sampai masa boring tak tau nak buat apa terutama bila line tenet out. Minggu ni kebanyakan barang order online dah mula tiba. Bukan setakat barang, makanan pun dah mula ada yang diorder online. Banyak test resepi baharu pasal dah tak tau nak masak apa dah. Paling best sesi pencarian kertas A4. Punya banyak kerja PdP secara atas talian dan ada yang kena print. Kalau dah 4 anak ofcoz kertas akhirnya akan berkurangan. Kebetulan masa gi post barang yang dibeli secara online untuk tukar semula terjumpa kertas ni kat KK Mart sebelah kurier. Alhamdulillah rezeki. Minggu ni juga dah mula nak start gunting rambut sendiri. Tengok data dan analitik pun dah nampak makin OK. Cuma. Masih perlu hati-hati pasal data ni data aktif yang boleh berubah bebila atas kecuaian kita.

23 April lihat anak bulan Ramadan 2020

Imej
23 April lihat anak bulan Ramadan 2020. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Khamis, 23 April ini bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan di sini, hari ini menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di 15 kawasan terpilih. Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak). Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Menara Alor Setar (Kedah); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan). Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 3

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 3. Minggu ni kira dah masuk tahap tepu memasing. Boleh kata dah blank tak tau nak buat apa. Semua yang dibuat rasa dah tak best. Sebab dah jadi rutin hampir 3 minggu buat benda yang sama. Kita dapat nengok banyak kes kes sentap kat media sosial. Yang peliknya tu, masih ada yang tak paham maksud stay at home. Korang nak berterusan cenggini ke? Tolongla pakat duduk kat rumah. Walau boring macam mana pun. Kebudaks dah ok dengan kaedah pembelajaran. Cuma kertas macam dah mula nak habis. Masak juga ni. Keluar sekali. Pakai N95 belen jerebu tempoh hari. Banyak pembelian barang pun aku dah buat secara online. Paling best adalah bila satu pagi mama ajak makan lempiang. Apa lempiang? Kami orang utara sebut pek nga la. Kakaka. Ni la susahnya bila orang lain cuba nak try cakap utara ni. Banyak benda yang kami sebut lain, tadak dok keja tambah q ja tau. Dari segi graf harian nampaknya dah makin ok. Cuma rasanya lepas raya baru

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 2

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 2. Kebanyakan perkara dah dapat diuruskan dengan lebih baik berbanding seminggu pertama. Internet dah dapat dimanage. OK sikit la walau ada ketika slow. Kerja-kerja analitik kebanyakannya semuanya dah dicloudkan dan ada penambahbaikan dari segi pelaporan. Mama dah lebih mahir dengan pembelajaran atas talian bersama anak muridnya. Lebih banyak aktiviti dilaksanakan bersama kebudaks. Minggu 2 dimulakan dengan satu lagi kegusaran, Hari Gaji. PM sendiri dah maklumkan berkenaan dengan masalah yang bakal timbul sekiranya tak patuh sosial distancing. Alhamdulillah. OK juga la kat tempat aku. Terkawal. Kita la yang kena pastikan orang sekeliling kita juga patuh. Turut berbelanja bulan juga di Mydin, tapi kurang sikit la pembelian berbanding biasa. Kena ingat orang yang lain juga. Minggu ni juga ada buat order makan kat kedai. Kena jaga aliran tunai peniaga juga. Sesekali. Lagipun, kan dah gaji. Bolehlah kan. Masa ni juga first tim

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 1

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 1. Maka bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan atau singkatannya PKP pada 18 Mac yang lepas atau dalam bahasa inggerisnya Movement Control Order (MCO). Satu tindakan yang betul diambil bagi mengekang penularan wabak ni. Aku nampak beberapa isu, Yang pertama isu kecairan maklumat. Yang ni memang antara kerja buat aku. Jadi. Aku gunakan pengalaman untuk bantu sikit dari segi penyebaran maklumat. Sentiasa semak dan just share apa yang betul melalui akaun aku. Ini aje la yang mampu aku buat. Mama siap bebel dah macam call center dah aku ni. Tak lama lepas tu, dia pun sama sebab dok mula menumpu pembelajaran atas talian dengan kebudaks dia. Kerja buat aku pulak jalan macam biasa. Double dari biasa rasanya. Internet masa ni juga agak slow. Siap call digi tanya. Dua tiga hari macam apa ja aku. Memang susah tul hidup aku kalau takde tenet. Hampir blank beb. Seawal jam 6 pagi dah mula buat kerja harian aku, mula semak data, buat

Edisi Pulang Ke Kampung : Batal

Imej
Edisi Pulang Ke Kampung : Batal. Lama tul baru nak update. 16 Mac. Memang semua dah siap dari semalamnya, tinggal nak gerak balik aje. Sekali bangun, kaki dah lain macam. Cuba jalan pun macam ada problem ni. Alamak. Terpaksa batal hasrat untuk pulang. Huhuhu. Call mak bagitau memang tak boleh nak gerak. Nak jadi cerita. 17 Mac PM buat pengumuman PKP. Masak jugak kalau dah balik sebab aku terpaksa patah balik dalam masa 1 hari je. Hmmm.

Sony Playstation 4 Slim 500GB : Unboxing

Imej
Sony Playstation 4 Slim 500GB : Unboxing. Posting lama juga. 15 Mac 2020. Target aku adalah nak bagi satu aktiviti baharu bagi Ziqri dan Fiqri, eSport; lepas bincang dengan mama la sebab iqi dia punya peel memang macam aku sikit, pantang jumpa game. So. Better kita train dia ke arah tu; nengok kat sukan sea pun dah mula masuk kan. Platform yang aku pilih adalah PS4 sebab nampak potensi agak besar kat situ. Target awal adalah bola dan fighting. So. merayap jap seharian mencari gajetnya. Jenuh jugak meronda and at last aku dapat beli jugak kat KIP Mall. Satu PS4 Slim 500GB dengan 3 game, 2 free dengan party bundle iaitu Crash Team Racing dan Fifa 2020; 1 free dari kedai iaitu Soul Calibur 6. Bukak dan setting dulu kat TV utama. Ngam. K. Lepas ni dah boleh mula kelas training dah.

Google 3D Animals

Imej
Google 3D Animals. 2 hari lepas ada aku perkenalkan pasal benda alah ni. Benda alah menatang yang dibuat secara Augmented Reality (AR) yang mana ianya seperti wujud di persekitaran kita yang dapat kita lihat melalui camera henpon kita. Aku tunjuk kat kebudaks haziq berdua tu. Apalagi. sakan la deme. Memula ici takut. Lelama. Dia pulak yang ketagih nak bergambar sekali.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Imej
BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN). Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.  Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut: Kriteria Kelayakan Kategori & Pendapatan Bulanan Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 Bujang RM2,000 ke bawah Bujang RM2,001 hingga RM4,000 Jumlah Bantuan BPN RM1,600 RM1,000 RM800 RM500 Tempoh / Pembayaran April: RM1,000 Mei: RM600 April: RM500 Mei: RM500 April: RM500 Mei: RM300 April: RM250 Mei:

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 6 Mac 2020. Isi semula on 12 Mac 2020. Petronas Jalan Indah, Taman Bukit Indah. RM70.86, 37.492 liter bawak ke 531.5 km. Pakai app Setel sepenuhnya.