Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 1


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 1. Maka bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan atau singkatannya PKP pada 18 Mac yang lepas atau dalam bahasa inggerisnya Movement Control Order (MCO). Satu tindakan yang betul diambil bagi mengekang penularan wabak ni.

Aku nampak beberapa isu, Yang pertama isu kecairan maklumat. Yang ni memang antara kerja buat aku. Jadi. Aku gunakan pengalaman untuk bantu sikit dari segi penyebaran maklumat. Sentiasa semak dan just share apa yang betul melalui akaun aku. Ini aje la yang mampu aku buat. Mama siap bebel dah macam call center dah aku ni. Tak lama lepas tu, dia pun sama sebab dok mula menumpu pembelajaran atas talian dengan kebudaks dia. Kerja buat aku pulak jalan macam biasa. Double dari biasa rasanya. Internet masa ni juga agak slow. Siap call digi tanya. Dua tiga hari macam apa ja aku. Memang susah tul hidup aku kalau takde tenet. Hampir blank beb. Seawal jam 6 pagi dah mula buat kerja harian aku, mula semak data, buat analisis berdasarkan kemasukan data semalamnya. Semak flow kerja, penambahbaikan dsb. Pelaporan submit around jam 8. Lepas tu layan persoalan dan semak tindakan yang perlu diambil. Camno nak berkomunikasi kalau tenet takde. Mama dengan PdP dia. Kebudaks ngan gugel classrom memasing. Pergghhh, haru beb.  Masa ni kebanyakan analisis aku pakai excel aje. Siap buat untuk data KKM share tu sekali. Ngeri pulak tengok trend. Sentiasa berharap ada penurunan setiap petang.

Isu kedua adalah pasal duit. Sampai ngigau mimpi mimpi kot. Mama kata over sangat aku dok layan benda ni. Masalah baharu akan mula timbul bila aliran tunai ni terputus. Langkah berikutnya yang diambil Kerajaan memang nampaknya akan dapat sedikit sebanyak menyelesaikan dua isu ni. Alhamdulillah ada Prihatin. Alhamdulillah. Dapat la kita bernafas sedikit dengan bantuan yang diberikan tersebut. Kita kena lihat secara keseluruhan bukan pada diri kita sahaja. Apa yang PM buat adalah supaya semua boleh makan. Banyak yang perlu bantuan. Alhamdulillah. Banyak juga NGO hadir beri bantuan. Apa yang bantu kita buat. Walau benda tu kecik tapi impak dia besar pada komuniti. Komuniti terjaga, insyaAllah kita pun terjaga juga.

Isu ketiga adalah berapa lama atau berapa ramai yang boleh bertahan dalam tempoh masa yang agak panjang tu. Dok layan dari hari ke hari rupanya ramai jugak yang ingkar. Memang kena perketatkan dan kuatkuasakan kawalan untuk isu ni. No kompromi. Kami. Masa ni dapat la lepak ngan kebudaks ni. Biasanya kita buat aktiviti pembelajaran bersama atau bermain permainan kuno. Wakaka. Layan aje la bapak ko punya permainan jaman dulu. PS4? Lepas Asar dan Isya' baharu leh main. Keluar sekali on 19 Mac beli barang keperluan. Cuma ada malam keberapa ntah aku leh gi layan cerita Kingdom tu. Aiyooo. Dua malam lak tu. Esoknya. Lepas Zohor terus tertido sampai Asar. Yang lelain korang boleh layan gambo gambo ye.

leman pun terpaksa pasrah kena jadi model

layan

soul calibur

yang ni jugak yang deme suka

leh tahan si ici ni main

perangai tak berubah sejak dari kecik

tomok lepak santai

tido keboringan

keluar jap

destinasi hari ni

sambil sambil. alhamdulillah. lengang

sama sebelah ni

hasil kedai baroqah

kena singgah sini cari barang tak dapat

setel

singgah jap beli buah

kebetulan bukak

setal

amboih dia punya peluk

edisi petang

haaa... baru balik ye


nak keluar balik dah

ada yang nak kena jentik ni

buku lama angah yang bakal kita jadikan port baharu

belasah






snap snap pagi

melingkar yer



siap tutup muka tu


si iqi dah poning tak tau nak buat apa

wakakaka. siap beli online Metal Slug. Nostalgia beb

dia punya layannnn.. pergghhhh


tapak dah sampai

actually aku tersalah beli pasal suka sangat nengok design ni sampai lupa aku nyer PS4 slim

adjust taruk span kat bucu


data covid-19 kkm dalam excel

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam