Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 2


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 2. Kebanyakan perkara dah dapat diuruskan dengan lebih baik berbanding seminggu pertama. Internet dah dapat dimanage. OK sikit la walau ada ketika slow. Kerja-kerja analitik kebanyakannya semuanya dah dicloudkan dan ada penambahbaikan dari segi pelaporan. Mama dah lebih mahir dengan pembelajaran atas talian bersama anak muridnya. Lebih banyak aktiviti dilaksanakan bersama kebudaks. Minggu 2 dimulakan dengan satu lagi kegusaran, Hari Gaji. PM sendiri dah maklumkan berkenaan dengan masalah yang bakal timbul sekiranya tak patuh sosial distancing. Alhamdulillah. OK juga la kat tempat aku. Terkawal. Kita la yang kena pastikan orang sekeliling kita juga patuh. Turut berbelanja bulan juga di Mydin, tapi kurang sikit la pembelian berbanding biasa. Kena ingat orang yang lain juga. Minggu ni juga ada buat order makan kat kedai. Kena jaga aliran tunai peniaga juga. Sesekali. Lagipun, kan dah gaji. Bolehlah kan. Masa ni juga first time rasa boring main game. Dah sampai tahap tepu beb. At last. Aku beli beberapa game online. Metal Slug paling mengimbau kenangan silam. Suka kebudaks ni jap. Aku baru perasan betapa game lo ni dia dah kurang pasal co-op macam game dedulu. Game lo ni kebanyakannya multiplayer; bersaing nak jadi champion jer. Kalau dulu, kami bergandingan nak setelkan misi tau. And lastly mama buat nasi arab pada hari last fasa satu. Terbaeekkk!!!! Memang layan ahhh. Apapun. Based on analitik. Kesan hari gaji tu memberi impak baharu juga. 26 Mac membawa kepada peningkatan paling tinggi positif seterusnya membawa impak kepada penerusan PKP Fasa Dua. Tapi. Nampak ada sinar sekiranya kita dapat terus kekal di rumah berdasarkan data-data akhir. Harap fasa dua ini akan berlakunya lebih banyak penurunan kes, kalau dapat; tiada terus. Kepada Allah kami berserah.

gear up

beratur untuk amik duit

snap snap


beli barang keperluan jap






delivery sarapan


boring beb



kerja atas talian iqi

tumpu ni berjadual juga





kerja iqi. print out dari link cikgu kasi







suka tu layan metal slug

baru la best main game co-op cenggini





kekeke. sempat ni nak kacau

keluar lagi untuk barang keperluan


nak wat sepitol pulak. sib baik ada ankel gugel



sambung sesi bacaan






nasi arab mama




nak katak pulak katanya









minggu dua ada panyak penambahbaikan aku buat based on data KKM ni. nampak trend penurunan dah ada. harap kita dapat kekalkan duduk rumah

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam