Syawal 1441 : Our 2020 Raya


Syawal 1441 : Our 2020 Raya. Aidilfitri kali ni kita sambut dalam normal baharu, segalanya berubah kaedah waima dari segi sampaikan salam dan ziarah menziarahi. Tahun ketiga aku menggunakan kad digital sepenuhnya dan bakal beraya dalam normal baharu. Penggantian sepenuhnya oleh media sosial semata-mata tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Bagi pengumpul kad aku terutamanya, mohon maaf kerana tidak meneruskan tradisi lama ini lagi. Raya kali ni tenang. Sangat tenang. Makan dulu. Dengar takbir dari surau berdekatan. Khutbah pun dilaksanakan menerusi corong pembesar suara sejurus selepas usai solat sunat aidilfitri. Pagi ni sempat bervideo call dengan famili sebelah aku yang rata-rata terpisah. Ada yang di Kedah. Ada yang di Selangor. Ada yang di Sabah. Dan aku, di Johor. Alhamdulillah. Teknologi mendekatkan kita. Untuk famili di Johor, semuanya duduk di kawasan yang sama, Gelang Patah. So, pagi ni kami berkumpul. Ngam ngam 20 orang. Snap picas round satu pasal keluarga ucu masih belum tiba. Sambung video call dengan famili sebelah aku. Sambung sesi dua untuk keluarga kecil aku. Lepas Zohor baharu keluarga ucu sampai. Round tiga bermula. Lebih meriah. Tambah pulak ada sesi makan derian pontian lepas tu. Leman ngendap dari jauh ja. Tak berani dia jumpa anak-anak ucu. Kakaka. Ucu gerak balik lepas tu. Lepas maghrib sempat main bunga api seround dan selepas tu pak ngah pun gerak balik juga. Memang lain raya dalam normal baharu ni. Nak tak nak kena la terima kan. Akhir kata, Salam Aidilfitri buat semua. Seandainya ada salah dan silap mohon diampunkan. Selamat hari raya, maaf zahir batin.

sediakan untuk dibahagikan pada jiran






yok makan pagi raya

sesi awal bersama mak di Kedah


set semula masa untuk semua berkumpul

setting set penggambaran

test





















sedia untuk sesi video call

yok





selesai

sambung sesi dua






























sesi tiga pulak amik tempat








setel sesi penggambaran kali ini

sesi bukak balang kuih







selesai raya kami hari ni

sesi bunga api sebelum pulang





















---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam