Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 10


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 10. Dah masuk hari ke-70. Ada dua minggu lagi sebelum tamatnya siri PKPB ni. InsyaAllah. Moga dipermudah segala urusan olehNya. Minggu ni minggu yang paling sibuk buat aku. Penuh seminggu dengan pelbagai aktiviti di tempat kerja. Layan. Si Leman lo ni pantang balik, mesti melingkau. Iqi dan Ici hampir setiap malam main bunga api. Sakan deme. Kami buat sesi photoshoot beberapa hari sebelum raya. Alhamdulillah. Setel ucapan dari sektor dan aku sendiri. Puan Sallina dah sampai ke garisan penghujung perkhidmatannya sebagai penjawat awam. Majlis untuk dia dijalankan pada hari Khamis lepas. Layan kat youtube aje dari ofis aku. Hari jemaat aku masih ke ofis. Ada program lagi. Balik singgah kat Booktalk beli barang keperluan iqa. Masak menunggu kat barisan sebab dia kasi dua orang aje masuk dalam satu-satu masa. Lenguh beb berdiri. Balik rumah jumpa anak si Tamrin. Wow seperti biasa. Harap dapat bertahan sampai dewasa la. Setakat ni semua anak dia mati secara misteri sebelum dewasa. Petang tu juga mama buat sesi potong rambut khas untuk raya. Seperti biasa tekaan warna baju penyimpan mohor besar raja-raja meleset lagi. Haisshhh.. Hari sabtu aktiviti kami dipenuhi dengan persiapan masakan untuk raya, bawak sampai ke pagi raya. Setel je agihan, sarapan, layan khutbah yang dibaca dari surau melalui pembesar suara. Pastu buat sesi video conference dengan abah, mak dan adik beradik. Teknologi banyak membantu dalam musim PKP ni. Selesai photoshoot, derian tiba. Layannnn. Dan tak cukup dan kena order tambah lagi ni nampaknya. Malamnya sempat main bunga api lagi. Derian tambahan tiba dan kali ni si Leman dah menanti. Haiyooo si kucen sekor ni. Dapat la 4 ulas untuk dia sekor. Mana taknya, dia paling ke depan. Tak tau malu tul. Penutup minggu cam biasa kita layan graf mingguan. Ada peningkatan yang sangat ketara, namun tak membimbangkan sangat sebab kes ni kes terkawal. Kes di Depoh Tahanan Imegresen melibatkan PATI. Semoga tiada laporan yang luar jangka selepas ini.

amboi amboi


layan bunga api


sesi photoshoot bermula




setting untuk majlis puan sallina




setel

penat beratur beb

anak latest si tamrin


sesi potong rambut by mama



miss lagi

persediaan raya






dah sampai dah henpon diorder

last berbuka ramadan 1441

juadah pagi syawal 1441

sesi video conference

photoshoot raya

sambung lagi vc


sambung lagi photoshoot


derian raya

bunga api


amboih si leman ni


graf mingguan

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam