Ucapan Hari Pekerja 2015 YAB Timbalan Perdana Menteri

Ucapan Hari Pekerja 2015 YAB Timbalan Perdana Menteri


'Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat' telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini. Sesungguhnya tema tersebut amat tepat kerana hanya pekerja yang sihat dapat menyumbang kepada produktiviti di tempat kerja.

Menyedari pentingnya peranan pekerja sebagai penentu aras produktiviti, maka sambutan Hari Pekerja diteruskan demi menghargai sumbangan golongan pekerja terhadap pembangunan negara. Sumbangan golongan pekerja di negara ini menjadi asas utama kepada pembangunan ekonomi negara di bawah Dasar Transformasi Nasional yang telah diperkenalkan Kerajaan. Tanpa pekerja, apa sahaja yang dirancang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pastinya tidak akan menjadi realiti. Saya yakin bahawa pekerja yang produktif adalah merupakan salah satu tunjang kepada segala kejayaan GTP dan ETP sehingga kini, sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri beberapa hari yang lepas.

Sepertimana yang telah diumumkan, lebih 1.5 juta pekerjaan baru telah diwujudkan setakat 2014 dalam sektor-sektor NKEA sejak 2010. Kerajaan juga akan meneruskan usaha untuk melonjakkan bilangan pekerja mahir kepada 50 peratus daripada tenaga kerja negara menjelang 2020. Saya percaya golongan pekerja di negara ini sentiasa bersedia untuk merebut peluang ini. Lengkapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan terkini untuk sentiasa berdaya saing dalam bidang pekerjaan. Kerajaan sentiasa mahukan golongan pekerja yang berdaya saing dan bersedia membuat perubahan selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Maka, mentaliti kelas pertama serta asas paling penting bagi pekerja iaitu penjagaan kesihatan fizikal dan mental pastinya menjadi penentu utama produktiviti mereka dalam menghadapi tahun-tahun yang mendatang.

Adalah menjadi iltizam kerajaan untuk terus membela nasib kaum pekerja yang merupakan nadi penting kepada pembangunan dan kemajuan rakyat serta negara. Oleh itu, segala kemudahan dan infrastruktur pemeriksaan penjagaan kesihatan sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan supaya dapat digunakan oleh para pekerja untuk memastikan kesihatan mereka berada pada tahap terbaik seterusnya dapat meningkatkan produktiviti.

Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia. Kerajaan amat berterima kasih di atas sumbangan anda semua dan teruskan usaha ke arah membina negara Malaysia yang lebih cemerlang.

Selamat menyambut Hari Pekerja.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam