PERMOHONAN PEMBIAYAAN MYBRAIN15 KEPADA PENJAWAT AWAM

PERMOHONAN PEMBIAYAAN MYBRAIN15 KEPADA PENJAWAT AWAM


Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan menjadi salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Permohonan MyBrain15 Penjawat Awam dibuka mulai 5 Mei 2015 hingga 31 Julai 2015.

Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan first world talent base yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

Keterangan lanjut, layari https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15/v2/

MyPhD - MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda “Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi”. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.

MyMaster - MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

MyPhD Industri - MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi. Pemohon yang berjaya akan dibiayai pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran.

Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI) - SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi". Di bawah RMKe-10, Kerajaan mensasarkan 75% pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan dan 60% di IPTA bukan bertaraf Universiti Penyelidikan. Skim ini terbuka kepada pensyarah/ tutor/ felo yang berkhidmat di IPTA sahaja.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam