Catatan

Fenomena Istiwa A'dzam dan semakan arah kiblat 2020

Imej
Fenomena Istiwa A'dzam dan semakan arah kiblat 2020. Pada 27 Mei 2020, Rabu bersamaan 4 Syawal 1441H - 5:16 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A'dzam. Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing. Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim. Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (t

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 10

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 10. Dah masuk hari ke-70. Ada dua minggu lagi sebelum tamatnya siri PKPB ni. InsyaAllah. Moga dipermudah segala urusan olehNya. Minggu ni minggu yang paling sibuk buat aku. Penuh seminggu dengan pelbagai aktiviti di tempat kerja. Layan. Si Leman lo ni pantang balik, mesti melingkau. Iqi dan Ici hampir setiap malam main bunga api. Sakan deme. Kami buat sesi photoshoot beberapa hari sebelum raya. Alhamdulillah. Setel ucapan dari sektor dan aku sendiri. Puan Sallina dah sampai ke garisan penghujung perkhidmatannya sebagai penjawat awam. Majlis untuk dia dijalankan pada hari Khamis lepas. Layan kat youtube aje dari ofis aku. Hari jemaat aku masih ke ofis. Ada program lagi. Balik singgah kat Booktalk beli barang keperluan iqa. Masak menunggu kat barisan sebab dia kasi dua orang aje masuk dalam satu-satu masa. Lenguh beb berdiri. Balik rumah jumpa anak si Tamrin. Wow seperti biasa. Harap dapat bertahan sampai dewasa la

Leman Miko si Hantu Durian

Imej
Leman Miko si Hantu Durian. Memang pantang tul dia bila bau derian. Semalamnya tak berani dekat sebab ramai sangat orang. Hari ni order balas. Kebudaks nak makan lagi kata diaorang. Minta pak ngah tolong orderkan. Hantar pakai motor ja beb. Bawak masuk. Apa lagi. Si Leman la yang ke depan. Pergghhhh... Full video @ https://youtu.be/1v-Cj4XxfP8

Syawal 1441 : Our 2020 Raya

Imej
Syawal 1441 : Our 2020 Raya. Aidilfitri kali ni kita sambut dalam normal baharu, segalanya berubah kaedah waima dari segi sampaikan salam dan ziarah menziarahi. Tahun ketiga aku menggunakan kad digital sepenuhnya dan bakal beraya dalam normal baharu. Penggantian sepenuhnya oleh media sosial semata-mata tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Bagi pengumpul kad aku terutamanya, mohon maaf kerana tidak meneruskan tradisi lama ini lagi. Raya kali ni tenang. Sangat tenang. Makan dulu. Dengar takbir dari surau berdekatan. Khutbah pun dilaksanakan menerusi corong pembesar suara sejurus selepas usai solat sunat aidilfitri. Pagi ni sempat bervideo call dengan famili sebelah aku yang rata-rata terpisah. Ada yang di Kedah. Ada yang di Selangor. Ada yang di Sabah. Dan aku, di Johor. Alhamdulillah. Teknologi mendekatkan kita. Untuk famili di Johor, semuanya duduk di kawasan yang sama, Gelang Patah. So, pagi ni kami berkumpul. Ngam ngam 20 orang. Snap picas round satu pasal keluarga ucu masih belu

Syawal 1441 : Raya Haircut Project

Imej
Syawal 1441 : Raya Haircut Project by mama. Semua the jantans kena panggil petang 22 tu. Apa lagi kalau bukan projek gunting rambut oleh mama. Memang dah terer dah tu. Lepas ni leh la santai santai gunting rambut kat rumah aje. Tak payah bersesak dan beratur kat ane lagi. Layan.

Simple Project : Kad Ucapan Media Sosial Raya S4PD

Imej
Simple Project : Kad Ucapan Media Sosial Raya S4PD. Simple. Cepat. Pantas. Siapa yang ada, kita snap kat ofis. Siapa takde, send gambo. Maka. Terhasillah simple kad ucapan raya khas untuk semua. Dalam masa sehari terus diselesaikan. Esoknya terus hapdet. Selamat hari raya dari kami warga sektor perancangan dan pengurusan JPN Johor. Layannzzz.

Aidilfitri 1441H pada Ahad, 24 Mei 2020

Imej
Aidilfitri 1441H pada Ahad, 24 Mei 2020. Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya. Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.      -- BERNAMA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 9

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 9. Diam tak diam dah genap 63 hari. Cuma. Kali ni di bawah bersyarat. Agak tak konsisten dalam update infografik. Masa biasa semak data dan design dah berubah jadi masa pergerakan ke ofis. So. Ada lari lari sikit pengurusan masa tu. Awal minggu macam ok. Makin ke hujung makin bercelaru sikit. Kereta pun dah makin banyak atas jalan. Penuh minggu ni di pejabat, banyak nak kena lihat dan semak segera. Kedai dah banyak yang dah mula buka. So, banyak makanan biasa dibeli sebelum ni dah mula boleh dapat semula. Mama pun dah makin menambah proses buat kuih. Paling tak best adalah si Tomok hilang. Dah si Naqiu ngiau cari. Sian dia. mana boleh berpisah dua kembang ni. Sempat buat projek ringkas untuk hari guru. Kasi vibrant dan meriah gitu. Dalam masa yang sama dapat la semua amik gambo passport dan gaya bebas. Penutup minggu juga ada kunjung hormat Pn Sallina yang bakal bersara. Terima kasih atas segala sumbangan dan ilm

22 Mei lihat anak bulan Syawal 2020

Imej
22 Mei lihat anak bulan Syawal 2020. Tarikh melihat anak bulan Syawal akan diadakan pada petang Jumaat, 22 Mei bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di 15 lokasi terpilih di seluruh negara, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini. Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen. Sebanyak 15 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal ketika Perintah Kawalan Pergerakan iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Lokasi lain yang turut terpilih ialah Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Balai Besar, Kuala

Selamat Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Imej
Selamat Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. A simple projek sempena Hari Guru kali ni. Sambutan yang berbeza mengikut normal baharu. Hanya sekadar design yang dapat dititipkan pada semua guru. Tahniah dan terima kasih pada semua guru yang pernah mengajar kami; secara formal atau tidak formal. Anda memang insan terpilih dan terbaeekkk!!!! Terima kasih cikgu!