Catatan

2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 1

Imej
2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 1. Hari ni bermula la projek reading Iqi. Cikgu dia dah tetapkan supaya baca 1 buku sehari. Diambil gambar, dan video sesi pembacaan di whatsapp pada cikgu untuk sesi penilaian. So. Untuk hari pertama iqi baca cerita "The Magic Pebble". OK la. Cuma banyak nak kena improve lagi untuk sesi hari kedua.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Islam Itu Mudah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Islam Itu Mudah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). Maka hendaklah kamu betul dan bersederhana  serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan di waktu pagi dan petang serta sebahagian daripada waktu malam yang berlalu. (HR Bukhari No: 38) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam adalah agama yang mudah dalam pelaksanaan ibadat dan tidak menyusah serta memberatkan penganutnya. 2.  Mudah itu bukan membawa maksud mengambil ringan tetapi melaksanakan mengikut kemampuan seperti solat jika tidak mampu berdiri, boleh dilakuka

NajibRazak.com : Penajaan untuk pelajar lepasan SPM 2017

Imej
NajibRazak.com : Penajaan untuk pelajar lepasan SPM 2017. Keputusan SPM 2017 telah pun diumumkan pada minggu lepas dan Alhamdulillah keputusan keseluruhan meningkat dengan Gred Purata Nasional bertambah 4.90 berbanding 5.05 pada tahun 2016. Saya pasti ibu-bapa dan anak-anak kini sibuk merancang hala tuju pendidikan pasca SPM, memilih jurusan serta pilihan pembiayaan pelajaran yang sesuai. Buat mereka yang telah berjaya mendapatkan keputusan cemerlang, sukacita saya ingin kongsikan antara pilihan yang kerajaan sediakan dari segi pembiayaan pendidikan buat pelajar-pelajar lepasan SPM. Pertama sekali, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mewujudkan Program Khas Jepun, Korea, Jerman dan Perancis untuk menaja pelajar-pelajar cemerlang yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang antara lain, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains soial. Permohonan untuk program ini akan dibuka mulai 19 hingga 26 Mac 2018. Selain itu, pelajar-pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangny

Yok Jenjalan : Laman Serene, Johor Bahru on daylight

Imej
Yok Jenjalan : Laman Serene, Johor Bahru on daylight. Setel kat Angsana kami terus gerak ke Jakel. Nak cari kain untuk lebaran. Aku lepak kat kerusi luar aje. TQ Jakel. Dah ada kerusi. Dapat la orang kurang berupaya macam aku ni lepak sementara nunggu jap. Kat sini habih aku search the tenet for buku iqa tu. Alhamdulillah. Setel semua. Dua hari lagi insyaAllah akan sampai ke rumah melalui pos. Selesai situ kami meronda jap kat gerai di kaki lima. Ada teh padu. Ada Putu piring. Sampai dua set dibeli untuk dedua. Memang best sungguh kata deme yang makan ni. Selesai kat jakel baru kami gerak ke laman serene. Saja nak layan suasana pada sebelah siang. Nampaknya malam lebih show. Siang just bangunan aje tanpa permainan cahaya. Ronda sepusing dua. Posing posing. Tanya nak ronda tak ke gerbang mahkota atau kolam lazer. Semua tak nak. Elok la. Pasal langit pun dah mula gelap. Masuk je kereta terus hujan turun. Alhamdulillah.

Jenjalan Cari Makan : Plaza Angsana, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Plaza Angsana, Johor Bahru. Kali ni lain sikit. Biasanya aku tumpu pada kedai. Tapi untuk kali ni aku terus masukkan for the whole building. Memang biasa aku gi makan kat medan selera dia pasal memacam ada kat sini. Target asal adalah nak ke Badan Bookstore. Alang-alang makan tengahari sekali kat sini. Macam biasa. Nasi Ayam. Mee Rebus Haji Wahid. Mee Goreng. Nasi Goreng Kampung jadi pilihan kami. Memang antara tempat kegemaran. Angah semua yang ada dia makan. Kesian. Dari pagi tuisyen. Balik terus jenjalan. Memang la kebulur kan. Selesai kat situ aku dan iqa ke Badan manakala mama ke Pappa Roti. Tapau lagi tu. Turun. Nengok semua dah kat surau. Zohor dulu. Kami yang tak dapat apa yang nak dicari kat Badan tu. Sebelum balik sempat lagi nyinggah i-coffee layan si bujang tu. Haiisshhh. Asal dia nak makan kan. Tu yang jadinya entry aku kali ni the whole building tu. Hehehe. 

Home Sweet Home Renovation : 20180318 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180318 Progress. Hari ni bermula cuti 3 hari aku. Tapi macam tak cuti jugak. Gi hantar angah ke kelas tuisyen langsung ke opis. Borak borak jap. Amik kamera yang aku tinggal. Terus shoot ke Pulai Perdana. Aku nak amik barang aku yang dah lama aku peram kat sini. Hood dapur. Sekali nengok ada dua. Satu Elba dan satu lagi Rubine. Amik sekali mainan lama iqa setong dan setong lagi pinggan mangkuk. Memang banyak khazanah aku yang masih aku peram rupanya. Kekeke. Lepak jap ngan izmeer. Amik napas. Tak sangka berat dan besar jugak bendanya. Rumah dah makin nampak rupa. Lepas ni dah mula masuk karen dan barang barang yang aku amik tadi. Layan.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kemuliaan Berdakwah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kemuliaan Berdakwah عن أبى رافع قال , قال النبى صلى الله عليه وسلم لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهُ على يَدَيْكَ رَجُلاً خَيرٌ لَكَ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيهِ الشَّمْسُ وَغَرَبَتْ Dari Abi Rafi dia berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda: Jika ditunjukkan seorang manusia mengikuti jalan Allah melalui daya usahamu, ia adalah lebih baik daripada bersedekah dengan semua hartabenda dari naik matahari sehingga terbenam matahari  (HR At-Tabroni No: 18250) Pengajaran: 1.  Tugas setiap Muslim adalah mencontohi Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain. 2.  Tanggungjawab berdakwah, mengajak orang lain kepada jalan Allah dan menjauhi kemungkaran adalah tugas yang mulia yang ganjarannya lebih baik daripada dia bersedekah semua hartanya dari matahari naik hingga terbenam. 3.  Dalam hadis yang lain, daripada Sahal bin Sa'ad RA, Rasulullah SAW bersabda: فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهَ بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ De

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bersifat Tawaduk

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bersifat Tawaduk عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu". (HR Tirmidzi No: 2437) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Memiliki sifat redha dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki adalah suatu yang dituntut. 2.  Buatlah perbandingan nikmat yang kita miliki dengan orang lain yang tidak memilikinya, nescaya kita akan sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang kita ada, tidak akan kecewa, sedih mahupun dengki pada orang lain. 3.  Elakkan dari  membuat per

Home Sweet Home Renovation : 20180316 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180316 Progress. Hari ni tak gi mana lagi .Baru nak amik mood cuti. Merayap jap ngantor angah gi tuisyen. Pastu baru mencari barang barang yang belum ada.

SPM 2017 Result : Analisa & Ranking SBP

Imej
SPM 2017 Result : Analisa & Ranking SBP. OK. Kali ni list masih tak berapa nak bagus lagi. Sampai sekarang aku masih belum dapat clear picture on SBP. Yang ada cuma Top ten SBP setakat ni. So. Kita up dulu yer. Nanti bila dah clear aku akanupdate dari semasa ke semasa. So. Kat sini ada 3 warna bagi SBP kami. Iqa kat STF. Alhamdulillah. Kali ni melonjak ke tempat pertama antara semua. Dan yang lagi dua ofkos la KUSESS tempat aku kerja dulu dan STJ tempat mama kerja. Nostalgia beb. Tempat pertama posting kan. Iqa pun memang membesar di KUSESS. Apa pun. Nanti bila dah clear aku akan update lagi. Foto dikongsi daripada UMNO Online. Senarai lain aku kekalkan dahulu dalam ranking 2016 ya setakat ni. Data diupdate kepada top 25 pada jam 3 petang. Data selesai diupdate sepenuhnya pada 18 Mac.