Catatan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Wajib Mencegah Mungkar

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Wajib Mencegah Mungkar عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللَّهُ فِي أُمَّةٍ قَبْلِي إِلَّا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا لَا يُؤْمَرُونَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنْ الْإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ Dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang nabi yang diutus oleh Allah pada suatu umat sebelumnya melainkan dia memiliki penolong dan sahabat dari kalangan umatnya. Mereka beramal dengan sunnahnya  dan mengikuti perintah-perintahnya. Kemudian datanglah selepas itu mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka lakukan, dan mereka

Bengkel Penyediaan Pelaporan Data Rasmi JPN Johor Januari 2018

Imej
Bengkel Penyediaan Pelaporan Data Rasmi JPN Johor Januari 2018. Setel kat JPN terus gerak ke PKG Kompleks Uda. Sambung kat sini pulak. Berenti rehat dan makan kat Mat Corner. Tempat makan paling dekat dan senang kan. Sambung balik sampai 3.30 petang. Kalau tak pasal PKG dah nak tutup, harus la kami duduk lagi kat sini. Masa berkemas boleh pulak jumpa khazanah lama. Sahih la ni barang si Iskandar ni. Tahun 2009 kot. Hehehe.

Bengkel Precouncil Pengurusan Portal dan Media Sosial JPN Johor 2018

Imej
Bengkel Precouncil Pengurusan Portal dan Media Sosial JPN Johor 2018. Pagi ni agak sibuk sikit. Masuk ke bengkel ni terlebih dahulu. Perbincangan gerak kerja dan hala tuju pengurusan portal rasmi dan media sosial jabatan. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua sektor yang dapat menghadirkan diri dan menyumbangkan idea dan pandangan. Sempat kita semua berposing gitu depan ruang rasmi.

Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Husna

Imej
Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Husna. Pagi tadi Husna lapor diri ngan bos. Course Keselamatan Data dari USIM. Tahniah sebab course tu sangat releven dengan kehendak dan peredaran zaman. So. Bos dah letak bawah seliaan en Firdaus. Selamat datang ke SPMICT JPN Johor. Semoga dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan menyelesaikan praktikal ni dengan jayanya.

Pagi yang sengap!

Imej
Pagi yang sengap! Pelik. Radio semua tutup. Ropernyer si mus layan PPJ kat MHI sambil buat rakaman. Hmmm.. Cam pelik pun ada sebab rakam video sambil audio dari speaker laptop. Takpelah. Layan aje lah. Sengap semua! Shhhhh!

Jersi Persatuan Bolasepak Kedah 2018

Imej
Jersi Persatuan Bolasepak Kedah 2018. Semalam. Setel majlis perasmian jersi baharu team Kedah. Sambil tengok bulan, aku tengok FB live. Layan aje ler. Cuma. aku tak berkenan betul ngan line kunin tetengah untuk logo AL dan Lang Merah bagi home kit tu. Yang merah meme ok dah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Gerhana Bulan Super Blue Blood Moon

Imej
Gerhana Bulan Super Blue Blood Moon. Malam ni fenomena ni berlaku. Bawak kebudaks keluar. Eager memasing. aku. Ngan kamera la macam biasa. Cuma. Macam tak biasa la pulak aku menbidik. Haisshh. Makin out la. Dah lama aku tak ngambik gambo bulan ke? Sampai ke sudah aku tokleh nak fokus. Teruk tul. Blur blur ahh. Nak amik kaler katanya. Kui kui kui --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Tukar Coil Aircond Baharu : Almera

Imej
Tukar Coil Aircond Baharu : Almera. Memang dah ready sebenarnya. Kena bulan 12 ituhari lagi. Masa nak ke kenduri kahwin kat Kampung Melayu. Tetiba kereta panas. Berenti. Tokei suruh topup gas aircond dulu. Kalau dalam 3 bulan jadi benda sama, maybe bocor. Sekali. Semalam. Tetiba panas semula. Sahih la. Memula ingatkan nak hantar esok. Sekali fikir balik. Sian pulak mama nanti. Terus cari kedai jap. Maka. Tibalah kami ke Hong Tat ni. Kedai Aircond kereta kat Taman Nusantara. Masa sampai aku borak ngan Ah Seng. Borak nyer borak sambil dia ngetest dia kata kebarangkalian besar memang coil bocor ni. Hmmm. Lepak jap. Aku terus mintak harga. Siap semua. Dia gi call bos dia, borak ngan Ah Chin. Dia kasi aku RM680. Hmmm. Lepak jap mikir. Tangan dok search pocips google. Dalam tenet pun tengok around RM500 barang sahaja. Jalan aje la Seng. Hehehe. Maka. Bertapa la aku kat sini hampir 3 jam setengah jugak di petang Thaipusam yang hening ni sambil layan borak ngan dedua mekanik ni. Dia buk

Bazar Mydin Anjung Nusajaya : Monthly Shopping on Thaipusam

Imej
Bazar Mydin Anjung Nusajaya : Monthly Shopping on Thaipusam. Kononnya nak shopping malam semalam. Sekali balik. Semua penat. Takpe. Hari ni kan cuti. Layankan aje shopping pepagi. Kalau dah nama keluar pagi. Orang memang tak ramai. Enjoy beb. Tengok dah mula naik deco untuk CNY 2018. Sempat la jenjalan posing. Hehehe. Ici beli inan. Dinosaur. Beli dua gitu. Satu ici nyer, satu abang nyer. Best pulak layan ici main dinosaur sementara nunggu mama dan adik beli breakfast kat Subway. Sempat merayau lagi ke wakaf belakang tu. ada gerbang tanglung yang besar kat situ.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Cendol Sathar, Simpang Renggam

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Cendol Sathar, Simpang Renggam. Beria betul si Mus nak bawak kami makan cendol Sathar ni. Kebetulan memang dalam laluan, jadi singgah la dulu. Hmmm. Apa aku nak cakap ya. Bagi aku ok ok la. Orang memang ramai kat sini. Kata Mus. Bahan dia semua buat sendiri. Ori la senang cakap. Boleh la kalau nak try. Aku tak rasa best sangat sebab aku just makan cendol jagung aje banding deme yang makan cendol sepesel tu. Layan aje ler. Tu pun masih rasa kacang merah yang kuat kat cendol jaung aku tu.