Tukar Coil Aircond Baharu : Almera


Tukar Coil Aircond Baharu : Almera. Memang dah ready sebenarnya. Kena bulan 12 ituhari lagi. Masa nak ke kenduri kahwin kat Kampung Melayu. Tetiba kereta panas. Berenti. Tokei suruh topup gas aircond dulu. Kalau dalam 3 bulan jadi benda sama, maybe bocor. Sekali. Semalam. Tetiba panas semula. Sahih la. Memula ingatkan nak hantar esok. Sekali fikir balik. Sian pulak mama nanti. Terus cari kedai jap.

Maka. Tibalah kami ke Hong Tat ni. Kedai Aircond kereta kat Taman Nusantara. Masa sampai aku borak ngan Ah Seng. Borak nyer borak sambil dia ngetest dia kata kebarangkalian besar memang coil bocor ni. Hmmm. Lepak jap. Aku terus mintak harga. Siap semua. Dia gi call bos dia, borak ngan Ah Chin. Dia kasi aku RM680. Hmmm. Lepak jap mikir. Tangan dok search pocips google. Dalam tenet pun tengok around RM500 barang sahaja. Jalan aje la Seng. Hehehe. Maka. Bertapa la aku kat sini hampir 3 jam setengah jugak di petang Thaipusam yang hening ni sambil layan borak ngan dedua mekanik ni.

Dia bukak habih dashboard kereta tu. Coil duduk bebetul belakang dashboard kat panel controller aircond tu. Hahaha. Bukak tu aje dah makan dekat 2 jam. Mana aku tahu? Sebab mata aku sentiasa pandang jam depan aku. Perrgghhh. Layan jugak la deme nak membaraikan dashboard kereta ni. Setel bukak. Keluarkan coil yang lama. Test. Ada buih keluar. Tapi sikit aje. Tu yang sempat la bertahan 2 bulan gas yang aku isi semula tu. Setel semua sambung borak lagi. Memang banyak la ilmu yang aku dapat dengan deme berdua ni. Sama macam ilmu yang aku sempat study kat tenet sebelum ni. Hahaha. Aku ni kan kaki google bila kena masalah. Nak tau lebih sebelum pergi. Apapun. TQVM. Meme bagus deme berdua ni. Rekemended.


test awal

berjulur segala wayar gas tu

on jer terus jalan

sesi membarai bermula

dah barai dah

test

nampak buih seketoi kat penjuru bawah tu




kat span tu la yang bocornya tu

dah sampai coil yang baharu

ni dia abam coil baharu

pasang balik

baru la rasa nak selfie lepas dah setel

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam