Catatan

Keputusan #UPSR2017 diumumkan 23 Nov 2017

Imej
Keputusan #UPSR2017 diumumkan 23 Nov 2017. Murid boleh ke sekolah selepas jam 10 pagi atau semakan melalui MySMS 15888. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Fardhu Lima Waktu Penghapus Dosa

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Fardhu Lima Waktu Penghapus Dosa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَفِي حَدِيثِ بَكْرٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ هَلْ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ قَالُوا لَا يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ قَالَ فَذَلِكَ مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِنَّ الْخَطَايَا Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, sedangkan dalam hadis Bakr, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bagaimana pendapat kalian, sekiranya ada sungai berada dekat pintu salah seorang diantara kalian yang ia gunakan untuk mandi lima kali sehari, mungkinkah kotorannya masih ada?" Para sahabat menjawab; "Kotorannya tidak akan tinggal." Baginda bersabda; "Itulah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahan.&q

Gebooz Gedikz : 20171115 Lepaking Team Kucen Kayo

Imej
Gebooz Gedikz : 20171115 Lepaking Team Kucen Kayo. Perghhh. Pagi ni kuar. Nengok bonet keter penuh tompok darah. Siap ada kesan tapak kaki kat cermin depan gitu. Nengok bawah. Wooo.. Ni kerja team kucen kayo ni. Asyik nak posing depan keter je kerjanya. Haishhh..

Seminar Media Sosial Peringkat Negeri Johor 2017

Imej
Seminar Media Sosial Peringkat Negeri Johor 2017. Semalam gi Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat. Sempat sarapan dulu kat Skudai Kiri. Alas perut katanya. Dari subuh hujan. Alhamdulillah. Dapat parking kereta agak berdekatan dengan dewan. Masuk. Tunggu program mula. Jumpa Lokman dengan Azarizan. Layan borak la. Program mula dengan Kamal Efendi. Boleh tahan loyar buruk jugak orangnya ye. Pastu sambung dengan ustaz ex UNIC. Lupa pulak namanya. Last sekali forum dengan tambahan timbalan pengarah SKMM. Selesai aje ada sesi cabutan bertuah. Hadiah utama TV 32 inci kot. Memang terbaeekkk!!!! Dapat satu kat Lokman. Rezeki weh. Tapi. Benda yang paling best aku dapat adalah : Biar negara lupakan kita, jangan kita lupakan negara!

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Saf Terbaik

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Saf Terbaik عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا Dari Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik saf orang lelaki adalah di hadapan, dan yang paling buruk adalah pada saf terakhir. Dan sebaik-baik saf wanita adalah yang terakhir, dan yang buruk adalah saf yang awal." (HR Muslim No:  664) Status: Hadis Sahih Pengajaran 1.  Kedudukan yang paling baik untuk lelaki ketika solat adalah di saf hadapan. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya manusia mengetahui (kebaikan) apa yang terdapat pad

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS:Allah Benci Orang Yang Kuat Bermusuhan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS:Allah Benci Orang Yang Kuat Bermusuhan عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih Pengajaran : 1.  Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang paling kuat bermusuhan. 2.  Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد  ialah permusuhan yang keras. Manakala perkataan  الخصم  pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim). 3.  Hal ini menunjukkan perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah). 4.  Fi

Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018

Imej
Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018 akan mula dibuka mulai 13 November hingga 24 Disember 2017. Ibu bapa yang berminat untuk memohon boleh layari laman sesawang KPM di  https://moe.gov.my  atau secara terus melalui url  https://sst4.moe.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sesi Dialog Transformasi National 2050 Ketua Setiausaha Negara Bersama-Sama Penjawat Awam Negeri Johor

Imej
Sesi Dialog Transformasi National 2050 Ketua Setiausaha Negara Bersama-Sama Penjawat Awam Negeri Johor. Pagi ni aku terus ke Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri. Ada program dialog bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Lepas nganto kebudaks terus aku gerak ke sini memandangkan note dari bos mula jam 8.30 pagi. Aku sampai je terus perking depan Studio 4. Tengok semua pakai baju lebih kurang. Hehehe. Aku sampai sama dengan urusetia kot. Masuk. Tanya urusetia. Dah boleh daftar. Dia kata OK je. Terus daftar dan lepak nengok diaorang nyer setup. Memang gah betul. Dari tempat. Dari sistem bunyi dan video. Perghhh. Tak lama lepas tu baru hadirin mula masuk. Emcee tak putus putus naik dari awal menerangkan protokol dan semua info yang sepatutnya hadirin tahu. Memang kelas beb. Two thumbs up. Pegawai Pinewood juga turut naik menerangkan prosedur keselamatan. Sebelum mula ja dah tambah lagi 200 kerusi lagi menjadikan lebih 2,700 penjawat awam Negeri Johor men

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Orang Yang Bertaubat Dengan Solat Sunat Dhuha

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Orang Yang Bertaubat Dengan Solat Sunat Dhuha عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ : رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ يُحَافِظُ عَلَى صَلاَةِ الضُّحَى إِلاَّ أَوَّابٌ قَالَ : وَهِيَ صَلاَةُ الأَوَّابِينَ. Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah menjaga solat Dhuha melainkan awwab (orang yang kembali taat). Inilah solat awwabin.” (HR. Ibnu Khuzaimah No: 1224) Status: Hadis Hasan dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib 1: 164). Pengajaran: 1.  Orang yang memelihara solat sunat Dhuha tergolong dari kalangan orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah. 2.  Imam Nawawi berkata, “Awwab adalah muthii’ (orang yang taat). Ada pula ulama yang mengatakan bahawa maknanya adalah orang yang kembali taat” (Syarh Shahih Muslim, 6: 30). Peliharalah solat sunat Dhuha setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

Home Sweet Home : 20171028 Lepak lepak santai

Imej
Home Sweet Home : 20171028 Lepak lepak santai. 28 Oktober. Pakat lepak reramai nengokkan pak cik sarip kerjakan pokok kelapa. Tempat tu kini dah jadi bilik air sementara kami. Paling suka si ici la. Seronok dapat lepak kat luar rumah main pak atan dia. Pak Atan tu gelaran untuk back hoe bagi ici. Siap dia amikkan sorang satu bagi kat kakak dan abang dia untuk main sesama. Tapi. Ofcoz la dia paling sakan main kan.