Catatan

Majlis Raikan Cinta Azizi & Amira

Imej
Majlis Raikan Cinta Azizi & Amira. Majlis pertama hari ni. Makan nasi minyak sama ayam goreng. Suka tul kebudaks ngan ayam goreng tu. Balik bukan setakat dapat popcorn, malah mainan belon bunyi-bunyi. Tahniah dan Selamat Pengantin Baharu.

Polis tembak mati seorang anggota Geng Mamak

Imej
Polis tembak mati seorang anggota Geng Mamak. TAIPING 22 Jan. – Polis menembak mati seorang anggota dipercayai Geng Mamak manakala dua lagi ditahan ketika cuba melarikan diri daripada ditahan polis di persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Changkat Jering di sini hari ini.             Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta jenis Volkswagen Passat yang dinaiki tiga penjenayah tersebut kerana merempuh kereta polis. “Polis menembak seorang daripada penjenayah terlibat yang berusia 38 tahun dan meninggal dunia di tempat kejadian. “Dua lagi suspek masing-masing berusia 31 dan 35 tahun berjaya diberkas dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini. Menurut Osman, polis berjaya menumpaskan kumpulan tersebut selepas menerima laporan mengenai satu kes samun di Rasah, Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi ini. K

9 PERODUA HANGUS TERBAKAR

Imej
9 PERODUA HANGUS TERBAKAR. Rawang - Sembilan buah kereta milik Perodua hangus selepas treler pengangkut kenderaan itu terbakar di Kilometer 400.7 Lebuhraya PLUS menghala ke utara kira-kira jam 10 malam tadi. Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.04 malam sebelum pasukan penyelamat daripada Balai Rawang bergegas ke tempat kejadian. Katanya, terdapat enam buah kereta model Axia, sebuah Alza dan dua buah Myvi yang berada atas treler pengangkut itu hangus 100%. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Daily Fresh Anjung Nusajaya

Imej
Daily Fresh Anjung Nusajaya. Lama tul tak pekena. Layan... Bau yang mengancam. Walau Choco Deluxe dah takde belasah aje yang hampir sama - chocolate campur peanut.

Nusajaya : More Marveloues Parkings

Imej
Nusajaya : More Marveloues Parkings. Terbaekkk!!!! Some with malas syndromes. Just take a while to adjust your space. Some with bolehlah attitude. Yang penting save duit. Park and ride. 

PEMBERITAHUAN KEMAS KINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017

Imej
PEMBERITAHUAN KEMAS KINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017. Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan untuk mengemaskini borang permohonan Program Matrikulasi sesi 2016/2017 mulai pada 10 Februari 2016 hingga 24 Februari 2016 . Pelajar SPM tahun 2015 yang telah membuat permohonan melalui internet diminta untuk mengemaskini maklumat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my . Pemohon yang mengemaskini melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia perlu masuk melalui ruangan e-PERKHIDMATAN berkala. Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran SPM sahaja. Keputusan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan dikeluarkan 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my . Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar

Qu Puteh tarik balik dua produk - Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block

Imej
Qu Puteh tarik balik dua produk - Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara waktu, berkuat kuasa hari ini. Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian tidak pernah berlaku. "Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna. Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sebentar tadi, ketika mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam kosmetik. Kementerian Kesihata

Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan

Imej
Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan. Saksikan siaran Nasi Lemak Kopi O (TV9) dan Selamat Pagi Malaysia (RTM1) yang akan membincangkan topik bertajuk "Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan" bersama panel jemputan Tuan Haji Zaidi bin Yazid, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadual siaran adalah seperti ketetapan berikut: Program Tarikh Masa Panel Jemputan Nasi Lemak Kopi O (TV9) 24 Januari 2016 (Ahad) 8.00 pagi 1) Tuan Haji Zaidi bin Yazid Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2) Cik Elia binti Mohtar SK Kepong Baru, Kuala Lumpur Selamat Pagi Malaysia (RTM1) 25 Januari 2016 (Isnin) 8.00 pagi 1) Tuan Haji Zaidi bin Yazid Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2) En. Rahmat Solihin bin

PENCALONAN ANUGERAH IKON GURU 2016 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2016

Imej
PENCALONAN ANUGERAH IKON GURU 2016 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2016. Anugerah Ikon Guru mula diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 2013 sebagai aktiviti tambahan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang kepada dunia, negara, masyarakat dan komuniti sekolah dalam bidang pendidikan. Sumbangan guru bukan sekadar memberi pendidikan kepada anak muridnya sahaja tetapi perlu lebih besar daripada itu. Seseorang guru yang berilmu dan memiliki kepemimpinan yang tinggi seharusnya menggunakan kelebihan dirinya untuk menyumbang bakti kepada masyarakat yang lebih besar selain lingkungan sekolah. Beliau seharusnya dapat berbakti hingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Justeru, sebagai tanda menghargai kecemerlangan mereka maka anugerah Ikon Guru ini dikalung kepada mereka. Untuk maklumat lanjut berkenaan Penc

Floria DiRaja Putrajaya 2016

Imej
Floria DiRaja Putrajaya 2016. Festival Bunga dan Taman DiRaja Putrajaya - Floria DiRaja Putrajaya 2016 akan dijalankan pada 27 Mei - 4 Jun 2016.