The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Melaksanakan Perintah Rasulullah SAW
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Melaksanakan Perintah Rasulullah SAW
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سُفْيَانَ أَنَّ هِرَقْلَ قَالَ لَهُ سَأَلْتُكَ مَاذَا يَأْمُرُكُمْ فَزَعَمْتَ أَنَّهُ أَمَرَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَالصِّدْقِ وَالْعَفَافِ وَالْوَفَاءِ بِالْعَهْدِ وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ قَالَ وَهَذِهِ صِفَةُ نَبِيٍّ
Abdullah bin Abbas RA berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Sufyan bahawa Raja Herkulis berkata kepadanya: "Aku telah bertanya kepadamu apa yang dia (Nabi Muhammad) perintahkan kepada kalian, lalu kamu menjawab bahawa dia memerintahkan kalian untuk solat, bersedekah (zakat), menjauhkan diri dari berbuat buruk, menunaikan janji dan melaksanakan amanah". Lalu dia berkata; "Ini adalah diantara sifat-sifat seorang Nabi".
(HR Bukhari No: 2484)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW memerintahkan agar melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan ibadat yang wajib sebagai seorang Muslim.
2. Rasulullah SAW memerintahkan kepada umatnya agar:
a. Melaksanakan solat
b. Menunaikan zakat dan bersedekah
c. Menjauhi perbuatan buruk
d. Menunaikan janji
e. Melaksanakan amanah
3. Sebagai umat contoh, adalah menjadi kewajipan kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang bersifat peribadi seperti solat dan menjauhi perbuatan buruk. Muslim juga diperintahkan menunaikan tanggungjawab yang berkaitan dengan masyarakat seperti mengeluarkan zakat dan bersedekah di samping menunaikan janji dan melaksanakan amanah.
Marilah kita menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dengan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Baginda.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
18hb Okt 2022
21hb Rabiul Awal 1444H
https://youtube.com/shorts/RmIHRMM_yF8?feature=share
---
#mknaceunlimited #mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk #kipidap #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #Fujifilm #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Ulasan