The Colours of Life - Bersemuka Fasa 3 : Day 1 - Kolokium Peringkat Kelas & Prep


The Colours of Life - Bersemuka Fasa 3 : Day 1 - Kolokium Peringkat Kelas & Prep. Maka bermulalah minggu ini dengan aktiviti-aktiviti akhir. Dimulakan dengan Kolokium, di mana semua peserta akan membentang semula projek perantisan untuk dinilai dan dipilih yang terbaik. Kami dipertanggungjawabkan untuk menjadi urusetia Kolukium. So, kami manfaatkan dari saat mula; peringkat kelas. Jawatankuasa yang dibentuk bermula dari dalam kelas lagi. Nyambil bentang, nyambil rehersal. Dengan siapkan backdrop, teks dan sebagainya. Sebelum lunch semua pembentangan dah selesai. 14 peserta terbaik telah berjaya dipilih dari setiap kelas dan aku adalah salah seorang daripadanya. 

Lepas lunch kami kembali ke Auditorium. Persediaan akhir untuk Kolokium peringkat IAB Induk. Sempat duduk sekejap aje sebab kena naik ke kelas untuk sesi penilaian infografik bersama penilai. 10 infografik terbaik dari setiap kelas akan dipamerkan di kawasan terbuka untuk tatapan semua. Alhamdulillah. Tersenarai juga infografik aku dalam 140 infografik terbaik. Sempat nengok badge untuk eModul. Alhamdulillah. Dah selesai 15 badge.

Petang. Singgah Dewan Makan. Tanya makan apa petang ni. Sekali dengo ikan, misi jogging petang ni harus la bawak duit saku sikit. Tapau ayam goreng berempah kat simpang. Kekeke. Alhamdulillah. Dapat juga 4 km petang ni. Banyak jalan dari lari. Sekadar yang termampu la kan dalam persediaan untuk pentaksiran kecergasan khamis nanti. Yeaahh!!! https://youtu.be/DC9-uIujpnI

--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam