My PdPR 3.0 : Our first week marvellous journey


My PdPR 3.0 : Our first week marvellous journey. Seronok. Walau memang terasa penat. Minggu ni minggu eksperimen terbesar aku. Dalam keadaan tidak bersedia penuh, aku cuba harungi. Sebelum ni, kita ada dua minggu untuk buat preparation. Bersemuka. Siapkan modul segalanya. Kali ni. Memang kena ready double. 

Aku dapat jadual baharu. Dua kelas baharu yang mana aku tak pernah pun jumpa muridnya. Menarik kan. Banyak kena rancang. Assumption hanya terjawab pada hari pertama bersama mereka. Wow. Tu yang menarik. Satu kelas aku terus tukar ke arah Luar talian. Yang dua lagi secara dalam talian. Semua latihan diberi secara dalam talian menerusi Google Form. Masa tutorial digunakan untuk mereka menjawab soalan dan memasukkan jawapan menerusi google form. Walaupun penat menyediakan tapak, tapi lebih mudah untuk buat merekod dan membuat analisis. 

Macam biasa. Aku memang menggunakan dua medium. Satunya PC atau laptop; untuk tujuan kawalan, taklimat dan pengurusan manakala iPad digunakan untuk sesi PdPc. Dah biasa gitu dari dulu. Sesi petang dipenuhi dengan CPD. Memang penuh masa, tapi seronok. Banyak ruang dan peluang diteroka. Kami bermula dengan Kursus Koperasi, Sambutan Hari Raya Virtual, Pemikiran Kritis dan Quizziz. Selesai satu minggu. Now... ready untuk minggu kedua. Dan aku akan mulakan dengan PLC PAJSK. Hehehe. Get ready ... 

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam