Iqi : Berkhatan DONE


Iqi : Berkhatan DONE. Entry ni khusus dan esklusif untuk blog sahaja. 9 Disember kami kembali ke klinik untuk membuka balutan dan pemeriksaan. Sehari aje tu. Temujanji jam 4 petang. Atas sebab kerja aku agak lewat pulang. Sampai ke klinik jam 4.30 petang dan doktor baharu sahaja keluar. Nak tak nak ke reschedule untuk jam 6 petang. Apapun. Dapat tips daripada Firdaus, pembantu doktor untuk membasahkan dulu balutan. Kalau tak lebih perit masa nak buka nanti. Balik semula ke rumah. Sementara menantikan jam 6, memang kami mula la basahkan balutan tu. Kembali ke klinik untuk membuka balutan. Memang betul. Perit. Satu demi satu balutan dibuka menyebabkan iqi pun dah tak tertahan lagi. Kata doktor Alewi, memang ni antara part yang agak menyakitkan. Selesai around jam 7.30 malam. Terima kasih pada doktor Alewi dan Firdaus yang sabar melayan kami.

Siri seterusnya memang aku tak sempat nak dokumentasi. Misi menjaga iqi. Boleh dikatakan setiap hari dini hari jugak baru terlelap. Tu pun dapat la sejam dua tido. Perit. Pedih. Setiap malam dia akan bangun selepas jam 12 tengah malam dan biasanya lepas jam 3 pagi baru clear. Bila ditanya, dia tak sedar. Ngigau. Habis cerita apa yang dialami seharian.Alhamdulillah, 14 Disember; hari ketujuh, dia dah OK. Siap jenjalan, melukis, main ngan Leman yang dia kata dah rindu nak peluk. Malam pun dah tak ngigau. Harap keadaan ini berterusan.

9 Disember : Misi membuka balutan



sampai
kembali semula selepas reschedule


menanti doktor



Leman macam biasa la, lepak ja sepanjang hari


13 Disember, dah mula lukis melukis dengan adik dia





Rindu nak peluk Leman katanya



Terperanjat Leman nengokkan kamen rider ici kat belakang tu


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam