Ip Man 4 : The Finale


Ip Man 4 : The Finale. At last. Ip Man movie series dah sampai ke penghujung. Lepas ni dah takde lagi Donnie Yen sebagai Ip Man. Setakat ni Donnie Yen yang paling terkesan memegang watak sebagai Ip Man. Sebut Ip Man harus Donnie Yen yang kita terbayang. Penutup cerita ni bagi aku ok la. Ip Man tahu dia dah tak panjang umur setelah doktor mengesahkan dia mengidap kanser. Dia terima jemputan Bruce Lee ke US semata-mata nak carikan tempat yang lebih baik untuk anaknya Ip Jin. Ketika di US baharu dia sedar dia layan Ip Jin dengan salah dan US bukan tempat terbaik untuknya. Sekali tengok macam sisi yang lain bagi cerita Dragon : A Bruce Lee Story. Kisah pasal Persatuan Kung Fu yang tak bersetuju dengan kaedah Bruce Lee membuka peluang pada bukan cina belajar seni mempertahankan diri. Keterbukaan Bruce Lee membawa kepada persengketaan antara tentera dengan persatuan. Memang terasa balik keseronokan bila tengok last fight dia dengan pegawai tentera tu. Ending digarap dengan baik yang mana dia balik, jumpa Ip Jin, minta dia rakam dia berlatih kung fu dan disorot semula semua perlawanan dia daripada yang pertama sehingga yang terakhir. At last ditutup dengan kehadiran Bruce Lee semasa penghormatan terakhir. Cool beb. Apa pun, bagi aku; Ip Man 2 tetap yang terbaeekkk!!!! Lepas ni memang dah tak dapat nengok Donnie Yen sebagai Ip Man lagi. Huhuhu.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016