Jelajah Pendidikan KPM 2019 Batu Pahat : The Beginning


Jelajah Pendidikan KPM 2019 Batu Pahat : The Beginning. Semalam memang ada sengal sikit kat pergelangan kaki kiri. Pagi ni dah ok sikit. Seawal pagi akan bergerak ke The Summit Batu Pahat untuk bertugas di sana. Semak TNG dulu. Ngam dedua. On the way singgah Ikhwan Cafe dulu. Hari ni makan mee goreng dengan telur. Konsep hari ni makan la apa pun, bayar ikut keikhlasan. Dan yang aku dapat, actually; kita makan free dan disuruh bersedekah, sebab duit yang dibayar ikhlas tadi disalur terus kepada badan yang terpilih. Hmmm... Lepas ni aku pun nak buat something yang lebih kurang sama. Tungguuu... So. Teruskan perjalanan dan tiba ke Summit. Team urusetia yang lain pun dah ada. Diaorang tidur kat sini dari semalam. Aku je yang baru sampai sebab aktiviti semalam di RTM dan aku perlu jaga kaki dulu. Daripada aku sampai semalam dan kaki terus jem dan tokleh buat apa-apa, baik la aku rehat dulu dan tiba fresh. OK. Balik ke cerita jelajah. Pagi ni bermula banyak aktiviti. Zumba. Bercerita. Mewarna. Nasyid Sekolah Rendah. PUBG. Memang penuh dengan penyertaan. Meriah sesangat. Sakan aku merayau. Dari Pentas Utama ke Pentas Kedua. Lama tak join kemeriahan gini. Sakan ke sana sini snap snap sambil update media sosial. Berenti jap untuk solat jumaat. Join team BP ke masjid berdekatan. Masa bukak kasut terus tersandar ke tiang. Pergghhh. Terus menangkap. Kaki sebelah kanan dah bagi signal. Aiyooo. Balik ke Summit. Sambung aktiviti petang. Beyblade. Pushbike. Nasyid Sekolah Menengah. Idola Kecil Separuh Akhir. PUBG. Pergghhh. Layan jap sampai kaki aku dah kata sudah sudah la. Terus aku balik ke booth urusetia dan duduk kat situ. K. Memang dah tokleh move on dah ni. Kena setel down. Pengarah sampai petang tu. Sempat buat homework untuk esok. Banyak lagi aktiviti menarik bakal berlangsung. Fun Run. Tarian. dan banyak lagi. Penyertaan memang cecah siling. Setakat 4.44 petang lebih 1500 pengunjung berdaftar, tak termasuk peserta dan tak mendaftar. Gerak balik. Alhamdulillah. Jalan clear. Takde tekanan sangat pada kaki. Singgah Tol Senai untuk solat. Sampai rumah, terus out. Tahniah dan all the best pada team. Harap esok, semuanya akan berjalan lancar seperti dirancang.

check dulu

singgah sarap




sampai




team awal kita


zumba dah mula



pendaftaran mewarna


pendaftaran pengunjung

makin ramai




bercerita





nasyid SK bermula



pendaftaran di mana-mana

cam kenal la pulak



pendaftaran PUBG



pameran pushbike

meronda booth









pushbike tryout



yok solat








sesi petang

beyblade




idola kecil

pertandingan pushbike














beyblade pun dah mula






we all





















nasyid SM


k. masa ni aku dah tokleh move on



lepak sini aje la




big boss dah sampai






k. babai summit



singgah solat


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam