Uji Bakat GENIUS Seni Tari, GENIUS Seni Koir dan GENIUS Seni Remaja Koir


Uji Bakat GENIUS Seni Tari, GENIUS Seni Koir dan GENIUS Seni Remaja Koir. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan uji bakat bagi GENIUS Seni Tari, GENIUS Seni Koir dan GENIUS Seni Remaja Koir pada ketetapan seperti berikut:


UJI BAKAT GENIUS SENI TARI
Tarikh:            26 & 27 Oktober 2019 (Sabtu & Ahad)
Masa:              10.00 pagi- 5.00 petang
Tempat:          Studio Tari JKKN, Aras 16,
                        Menara TH Perdana, Maju Junction,
                        Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur


UJI BAKAT GENIUS SENI KOIR DAN GENIUS SENI REMAJA KOIR
Tarikh:            9 November 2019 (Sabtu)
Masa:              9.00 pagi- 1.00 tengah hari
Tempat:          Studio Tari JKKN, Aras 16,
                        Menara TH Perdana, Maju Junction,
                        Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Objektif program ini diadakan adalah untuk mencari bakat cemerlang anak-anak Malaysia khususnya sekitar Lembah Klang dalam bidang Koir dan Tari. Selain itu, pencarian bakat ini juga adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada anak - anak berbakat mempelajari bidang seni koir dan tari dengan tenaga pengajar yang profesional. Syarat- syarat penyertaan ujibakat boleh dirujuk di dalam poster yang dilampirkan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program Uji bakat GENIUS Seni Koir dan GENIUS Seni Remaja Koir, sila hubungi nombor 03-2614 8200 (8272) manakala bagi GENIUS Seni Tari boleh berhubung dengan Encik Zulkefli di nombor 03-2614 8375 atau Encik Azizol di nombor 03-2614 8255.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP