Work Mode : Onz!


Work Mode : Onz! Sama macam bateri yang akhirnya dapat aku tukar, kini tiba masanya untuk mula bergerak di bawah sektor baharu, Perancangan. Akses pun semua dah OK. Semak fungsi bersama dengan pegawai seliaan. Memang sangat mencabar. Aku ada lima fungsi. Tiga sudah, tinggal dua lagi ja yang masih belum diperhalusi bersama. Harap dapat dimurnikan bersama Ahad ni. Minggu ni memang penuh dengan aktiviti. Banyak yang terlepas pun amik gambonya dek gara-gara menumpu penuh pada sesi perbincangan. Mana yang ada share, adalah. Sibuk dengan data. Perbincangan awal dengan Mus memang membuka banyak ruang penambahbaikan dan kefahaman baharu. Memang cabaran besar dalam memastikan paparan dashboard yang sama dari sumber-sumber yang berbeza. Sempat meraikan Cik Mahfuzah yang bertandang. Cuma masa tu penumpuan aku memang ke arah penambahbaikan dashboard. Fokus lebih pada data. Lupa pasal Stew kambing yang Mus bawak. Kenoneng kepala aku lepas makan tengah hari tu. Esoknya sambung lagi dengan penurunan ilmu daripada Mus kepada Mus baharu. Dedua pengurus data awalannya sama, Mus. Nak buek camno kan. Next. Lebih kepada penyelarasan semula fungsi semua sektor yang diamanahkan pada kami. Memang penumpuan pada grey area yang masih ada. Pasti akan ada siri seterusnya dalam memastikan kelangsungan kerja buat di jabatan khususnya. Kerja-kerja luar seterusnya mengingatkan aku betapa besarnya amanah dan tanggungjawab baharu di atas bahu. Kota Iskandar bersama team Perangkaan berkenaan misi 2020 dan seterusnya team Kulai di SMK Kangkar Pulai untuk persediaan lawatan intervensi KSU minggu depannya. Kena gerak lebih pantas lagi lepas ni. Takut tak terkejar dengan kerja-kerja yang mendatang. Yang aku nampak paling ketara adalah macamana aku nak ubah stail kerja penuh arahan aku ni. Dah nama pun kerja data kan selama ni.

dapat jugak beli bateri ni. tu pun dua saiz aku beli, C dan D. kakaka

sesambil nunggu lampu hijau

bersama cik fuza


ni la stew kambing si mus. pergghhh!

geng aweks menunggu pakwe tersayang. wekk!

sesi derian la pulok

penurunan ilmu antara mus dan mus

siri foto kamera berkabus. kakaka

dah selesai meetims baru snap




tapau jap

sementara itu

tugas seterusnya

penyelarasan intervensi

timeoff. siri ngambik kebudaks

lepak jap ngan pakwe idaman kucen kucen



mama and team pendaftaran

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam