Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam


Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam (Tabung) untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Tabung yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia ini menerima wang sumbangan daripada syarikat swasta, badan berkanun, orang awam, persatuan, pertubuhan tempatan atau antarabangsa dan agensi-agensi yang tidak dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk bersama-sama Kerajaan dalam menjaga dan menyelenggara bangunan dan infrastruktur Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Sumbangan kepada Tabung layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam seperti berikut :

Tarikh : 8 September 2019 (Ahad)
Masa : 3.00 hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Sultan lskandar, Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Pakaian : Kemeja Korporat

Untuk maklumat lanjut, muat turun brosur melalui pautan : https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/09_Sep/Brosur_TPSKIPTA.pdf

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam